Kenyataan Media
Dewan Pemuda Pas Selangor
Tahniah : Bekas Pelajar PASTI
Cemerlang STAM
1.Sekalung perhargaan dan
syabas di ucapkan kepada semua pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014
yang telah diumumkan keputusannya semalam.
2.Lafaz Alhamdulillah menjadi
sanjungan ke hadrat Ilahi di atas kejayaan pelajar-pelajar ini yang menjadi
ukuran bagaimana Agama itu masih sebati dan menjadi nilaian yang tinggi
dikalangan sebahagian besar pelajar yang terdiri daripada anak-anak muda.
3.Dalam keadaan keremukan jiwa
lantaran kerisauan akibat berita mutakhir ini dengan masalah gejala hedonisme
dan k-popisme seakan-akan menjadi barah yang tiada penawarnya.
4.Disaat menanti penawar berita
agar menjernihkan kekeruhan akhlak anak muda, ibarat bulan jatuh ke riba
pengumuman keputusan STAM itu sebahagian penawarnya.
5.Antara pelajar cemerlang STAM
yang sempat Pemuda Pas Selangor bertemu dan menyampaikan sikit saguhati sebagai
perkongsian berharga ini ialah bekas pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam PASTI
iaitu Adik Yahya Ayash Zakaria yang menetap di Kampung Nakhoda Batu Caves
Gombak, Selangor yang berjaya mendapat darjat Mumtaz dalam semua mata
pelajaran. Beliau merupakan bekas pelajar PASTI Al Furqan Kampung Nakhoda.
6.Adik Yahya yang merupakan
anak kepada Almarhum Us Zakaria Mamat seorang Ulama dan Pendakwah tersohor di
Lembah Klang mencipta nama sebagai ikon Remaja dan anak muda "ليست
صبوة" menjadi antara pelajar cemerlang.
7.Nabi SAW amat menyanjung
generasi anak muda yang tinggi ilmunya, suci akhlaknya dan luhur pekertinya
melalui sabdanya :
قال صلى الله عليه وسلم: إن الله عز وجل ليعجب من الشاب ليست له صبوة.
رواه الإمام أحمد
Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya Allah Azza wajalla kagum kepada pemuda yang tidak ada
padanya sifat sobwah (iaitu tidak berakhlak, tidak bertanggungjawab dan tidak
matang").
8.Mudah-mudahan Allah melimpahi
RahmatNya agar Adik Yahya Ayash dan seluruh generasi anak muda di beri hidayah
serta menjadi generasi cemerlang dan contoh sepertimana generasi solafus soleh
yang hidup di zaman Nabi SAW.
Alfu Mabruk!!!
Syarhan
Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda Pas Selangor
30 Januari 2015
0 comments: