TARBIYAH DIRI MENUJU DAKWAH SEJATI



NOTA TARBIYAH
TARBIYAH DIRI MENUJU DAKWAH SEJATI

Tarbiyah Islamiyah bukan hanya membentuk dan membina seseorang itu menjadi mukmin, beramal dan bertaqwa untuk dirinya sahaja, malah ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berbakti dan menyumbang kepada Islam dan jamaah serta berjuang pada jalan Allah SWT. Inilah yang cuba dilaksanakan dalam PAS iaitu membentuk ahli untuk menjadi muharrik (penggerak) jamaah berteraskan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.


Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi para pejuang (mujahid) yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para pendakwah (da'i) yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan (lisanul maqol) dan contoh yang baik (lisanul hal). Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.


Semua ini adalah peribadi yang lahir hasil daripada tarbiyah imaniyah yang berjalan dalam madrasah/universiti Rasulullah SAW. Perntarbiyahan atau didikan Rasulullah SAW bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi yang asyik dengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipudaya musuh yang ingin menghancurkan Islam. Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad. 


Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;

"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang di rumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tirmizi).

Hasan al-Banna pernah menyebutkan:

'Jihad adalah fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat."



Sabda Rasuluilah SAW:

"Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah.'



Serendah-rendah tingkat jihad itu ialah dengan cara membenci dan membantah di dalam hati (dikira sebagai selemah-lemah iman) dan setinggi-tingginya ialah perang fi sabilillah kerana kebenaran. Di antara kedua-dua tingkatan itu terdapat cara-cara jihad yang lain seperti berjihad dengan lidah, berjihad dengan pena, berjihad dengan tangan dan bejihad dengan cara berani bercakap benar di hadapan raja yang zalim. Semua sifat dan tingkatan jihad tersebut akan lahir melalui proses Tarbiyah lmaniyah, lnsyaallah.


Al-Faqir Ustaz Hashim Al-Maranji 
AJK Lajnah Tarbiyah & Perkaderan Pas Pusat

0 comments: