Oleh : Ustaz Idris Ahmad
1. Berusaha untuk menjadi
ketua keluarga yang baik di dalam rumah dengan menunjukkan suri teladan yang
baik kepada anak isteri.
2.
Binalah RUMAH TANGGA DAKWAH dengan baik dengan anak isteri, supaya dapat
menunjukkan ini adalah DAULAH ISLAMIAH yang kecil.
3. Bawa balik PERJUANGAN
PAS ke rumah. Biar anak isteri kita juga memahami betapa pahit
manisnya
perjuangan. Kegagalan membawa balik perjuangan ke dalam rumah akan mengundang
bahaya kepada perjuangan. Paling bimbang sekali mereka akan memusuhi perjuangan
PAS kerana mereka tidak faham.
4. Terangkan inilah
KEMANISAN dalam PERJUANGAN dan bahagianya berjuang.
5. Berpesan kepada anak- anak supaya
mereka wajib meneruskan kerja bapa & ibu jika kita sudah menemui
Allah. Semoga bekalan ini akan menjadi bekalan yang cukup berharga kepada kita
ketika bertemu dengan Allah SWT.
6. Kena berazam agar
titisan zuriat kita tidak ada yang menentang perjuangan PAS pada masa akan
datang.
7. Memberi peringatan
kepada anak- anak tidak ada ertinya jika mereka mempunyai kelulusan yang tinggi
tetapi tidak menyumbang apa-apa SAHAM kepada perjuangan ISLAM diatas muka bumi
ini.
8. Kita mesti merasa bangga
jika yang menggerakkan PAS di kampung kita adalah dari kalangan anak cucu kita.
Semoga ia menjadi AMAL JARIAH untuk kita.
9. Bawa anak- anak & suruh
mereka ke program PAS supaya mereka memahami perjuangan PAS daripada dekat.
10. Kenalkan mereka dengan
ULAMA' & PIMPINAN PAS supaya mereka merasakan mereka adalah mata rantai
perjuangan dalam perjuangan.
11. Tanamkan sifat
keberanian untuk berjuang, bahawa rezeki daripada Allah SWT bukan daripada
manusia.
12. Jangan tanamkan
perasaan takut kepada anak- anak untuk berjuang kononnya nanti tidak dapat kerja
& rezeki terhimpit. Sedangkan realiti kita melihat ramai anak- anak aktivis PAS
Allah SWT memberi kejayaan dalam pelajaran & hidup. Ini semua hasil
keberkatan kita menolong agama Allah SWT. Jangan pula kita tidak yakin,
sedangkan ayah kita dahulu yakin tentang janji Allah ketika memberi semangat
kepada kita untuk berjuang.
KESIMPULAN : Sempurnakan
agama dengan perkahwainan. Menyempurnakannya adalah dengan bersama-sama
perjuangan Islam & jemaah Islam. Meninggikan agama Allah SWT adalah
kewajipan kepada umat Islam, bermula dengan intitusi rumah tangga muslim.
Allahua'lam.
0 comments: