Saya terpanggil untuk
memberikan ulasan terhadap beberapa pandangan yang dilontarkan di dalam media
massa berhubung kedudukan jawatan Presiden PAS yang kini disandang oleh YB Tuan
Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Sekalipun ia dilontarkan oleh pihak yang
tidak mempunyai autoriti, namun liputan meluas yang diberikan boleh
mendatangkan persepsi bahawa kononnya ia merupakan desakan majoriti ahli parti.
Saya suka memberikan pandangan
menyokong Presiden PAS sekarang iaitu YB Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi
Awang dikekalkan sebagai Presiden untuk sesi yang akan datang memandangkan
kemampuan beliau dari sudut ilmu dan politik yang masih tidak menghalang
untuknya memimpin. Ia merupakan satu kombinasi yang cukup mantap bersama YB
Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat selaku al-Mursyidul Am yang
merupakan ikon kepimpinan ulama selaku pemimpin spiritual yang tertinggi di
dalam Majlis Syura Ulama PAS Pusat.
PAS wajib dilihat sebagai
gerakan Islam selain daripada sebuah parti politik. Memimin sebuah gerakan
Islam bukan sahaja memerlukan kepada kepintaran politik tetapi juga kemahiran
dan kefaqihan di dalam ilmu agama. Ikon di dalam gerakan Islam iaitu seorang
pemimpin yang boleh dicontohi dari sudut ilmu dan praktikalnya sangat penting
di dalam memperlihatkan wajah PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Inilah yang
membezakan PAS daripada parti-parti yang lain di negara ini.
Saya menghormati pandangan lain
di dalam isu ini. Namun pendirian dan pandangan ini iaitu agar Presiden PAS
dikekalkan Insya-Allah tidak akan berubah.
Salam hormat,
AHMAD FADHLI BIN SHAARI
19 Januari 2015
*Penulis
adalah KP Kelantan merangkap exco DPPM
0 comments: