Bantuan Pasca Banjir Bintulu


1hb Febuari 2015- Bintulu - PAS Bintulu dan Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak telah bersama-sama dengan Project Team Untukmu Sarawak menghulurkan bantuan pasca banjir di kawasan yang teruk terjejas di Ulu Segan.

Program sehari itu dipenuhi dengan agihan barang sumbangan kepada seluruh penduduk rumah panjang berdekatan Sk.Ulu Segan bersempena dengan mesyuarat peringkat negeri itu di sini serta lawatan persedian PAS Bintulu menghadapi Pilihanraya Negeri yang akan datang.

Tinjaun rombongan mendapati kerja-kerja pembaikan di kawasan rumah masing-masing sedang giat dijalankan. Menurut penduduk, mereka amat memerlukan peruntukan untuk membaiki dan membaik pulih rumah yang terjejas dan dalam masa yang sama ini membantut aktiviti ekonomi harian mereka.

PAS Bintulu telah terlibat dari awal pemindahan mangsa banjir melalui kaunter barangan sumbangan dari orang ramai serta mengagihkannya. Program bantuan pasca banjir ini akan diteruskan lagi di kawasan-kawasna lain di bahagian ini yang turut terjejas.

Untuk makljmat lanjut tentang projek-projek kami serta berminat untuk membantu, sila layari www.untukmusarawak.com  atau like FB Page kami Untukmu Sarawak-PAS Sarawak Official.


Dari Unit Media UMS By Zharudin Narudin @ UMS media.


0 comments: