BETAPA ALLAH MENGHARGAI HAMBA YANG MENGHAMPIRKAN DIRI KEPADANYA



BETAPA ALLAH MENGHARGAI HAMBA YANG MENGHAMPIRKAN DIRI KEPADANYA



عن أنس رضي الله عنه عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم فيما يرويه عن ربّه عز وجل قَالَ: ((إِذَا تَقَربَ العَبْدُ إلَيَّ شِبْرًا تَقَربْتُ إِلَيْه ذِرَاعًا، وَإِذَا تَقَرَّبَ إلَيَّ ذِرَاعًا تَقَربْتُ مِنهُ بَاعًا، وِإذَا أتَانِي يَمشي أتَيْتُهُ هَرْوَلَةً)). رواه البخاري.

Dari Anas RA: dari Nabi SAW dengan apa yang dilaporkan dari Tuhannya Azza wa Jalla (hadith qudsi) telah berfirman: "Apabila seorang hamba menghampirkan diri kepadaKu sejengkal maka aku menghampirkan diriku kepadanya sehasta. Dan apabila dia mendekatkan dirinya sehasta maka aku akan mendekatinya sedepa. Dan jika dia mendatangiku secara berjalan maka Aku datang kepadanya dalam keadaan berlari." (Mafhum HR Al Bukhari)


PENGAJARAN 

1. Apabila seorang hamba menghampirkan diri kpd Allah dengan suatu ketaatan walaupun sedikit, Allah akan memberikan balasan yang lebih baik. Begitu juga semakin banyak ketaatan, semakin bergandalah ganjaran di sisiNya,


2. Gunakanlah segala peluang yang diberikan semasa hayat di dunia untuk menambah amalan sebagai bekalan akhirat,


3. Orang yang tidak mengisi hayatnya dengan iman dan amal soleh bererti dia seorang yang mensia-siakan kesempatan hidupnya dan pasti menghadapi penyesalan yang tidak terhingga di akhirat kelak.

0 comments: