1. Saya bersetuju dengan pandangan bahawa pengguna wajar menggunakan kuasa beli yang ada untuk memilih barang yang harganya lebih murah namun, ia masih tidak mencukupi. Pihak kerajaan perlu bertindak dengan lebih proaktif dan bersungguh dalam menguatkuasakan undang-undangnya sedia ada khususnya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Akta tersebut sememangnya bertujuan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang menjual barang dengan harga yang tinggi dan tidak munasabah, dengan tujuan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan.
2. Saya juga hairan melihat gelagat 92 Ketua Bahagian UMNO yang begitu bersemangat berkumpul dan bersolidariti mempertahankan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang jelas nyata berunsurkan hasutan perkauman. Yang lebih malang lagi, Perdana Menteri sendiri, Dato’ Sri Mohd Najib Razak turut memilih jalan yang sama untuk membela menteri kabinet tersebut. Sekiranya kenyataan sebegitu dikeluarkan oleh pemimpin parti pembangkang, pasti pihak berkuasa dengan sepantas kilat ingin mengheret ke mahkamah atas dakwaan Akta Hasutan.
3. Saya menyeru kepada 92 Ketua Bahagian UMNO tersebut agar bangunlah dari lamunan kepura-puraan. Mengapa tidak berani menyatakan tuntutan kepada PM agar kerajaan sendiri menunjukkan contoh tauladan dalam menurunkan harga barang kawalan yang di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan iaitu harga gula, tepung gandum, minyak masak dan gas memasak.
4. Sehingga ke hari ini, kerajaan tidak pula menyatakan hasrat untuk menurunkan harga barang di bawah kawalan mereka. Adakah ini bermakna 92 Ketua Bahagian UMNO ingin turut menyeru rakyat agar memboikot kerajaan Malaysia pula yang gagal menurunkan harga barang kawalan.? Oleh itu, saya menegaskan sekali lagi pentingnya para pemimpin UMNO bahagian itu menyatakan sokongan dengan berlandaskan fakta. Usahlah menyokong membuta tuli “bagaikan orang yang mabuk meminum todi.”
YB Dato’ Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat
5 Februari 2015

0 comments: