PERMATANG PASIR, 15 Februari: Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Zaharudin Muhammad meminta Ulamak PAS memperbanyakan dialog agama bagi menjelaskan Hudud yang menjadi perbualan penting hari ini.
Di samping itu beliau juga menasihatkan para Ulamak PAS supaya lebih dahulu bersedia sebelum turun padang menerangkan berkaitan Hudud agar masyarakat memahami terutamanya individu Bukan Islam.
"Memandangkan dialog agama penting terutamanya berkaitan Hudud maka para Ulamak PAS kena bersiap sedia dengan pengetahuan supaya masyarakat faham apa itu Hudud. Tanpa dialog boleh menimbulkan kekeliruan, " tegasnya ketika menyampaikan ucapan sempena 'Dialog Relevankah Hudud' di Dewan Seminar Masjid Seberang Jaya petang tadi.
Sikap dingin para ilmuan Islam sebelum ini melambatkan pelaksanaan Hudud selain mesti mendapat restu dari Kerajaan Pusat sekiranya mahu dilaksanakan di Kelantan.
Ust Zaharudin sedang menunjukkan cara merotan dalam Islam
Kadang-kadang ujarnya, orang tidak faham sehingga menganggap Kelantan sengaja melambatkan perlaksanaan kanun jenayah berkenaan.
Bila sudah berjaya nanti tambah beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pasti timbul lagi halangan iaitu memberikan penjelasan yang lebih terperinci.
Ramai peserta tekun mendengar taklimat Dialog Relevankah Hudud di Dewan Masjid Seberang Jaya
Waktu itu sememangnya akan wujud golongan penentang yang berkepentingan dengan alasan orang bukan Islam tidak lagi bersedia.
"Sebelum semua itu berlaku lebih baik kita dan Ulamak PAS sendiri menumpukan kepada usaha penerangan secara keseluruhan samada dialog terbuka, seminar atau peranan pengkuliah di masjid, " tegasnya pada program anjuran Dewan Ulamak PAS dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.
0 comments: