ELAK PROGRAM PASMA AGAR KERJASAMA TERUS MANTAP


Saya berharap pemimpin PKR dan DAP Selangor tidak akan terlibat dengan program-program PASMA. Kerjasama di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat di Selangor adalah baik dan tidak seharusnya dijejaskan dengan isu PASMA.


Kerjasama berlaku di dalam kerajaan negeri seperti di kalangan Menteri Besar dan Exco-Exco. Berlaku juga di kalangan Ahli-Ahli Dewan Negeri seperti di dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan. Juga di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan di kalangan Ahli-Ahli Majlis. Mesyuarat Pakatan Rakyat di peringkat negeri telah juga diadakan.


Pakatan Rakyat Selangor mempunyai tugas untuk memacu pembangunan negeri ini ke hadapan disamping memberi pembelaan kepada seluruh rakyat dan hanyalah kerjasama yang erat di kalangan parti-parti PAS, PKR dan DAP dapat menjadikan hasrat ini satu realiti.


Walaupun adalah hak individu masing-masing sama ada untuk terlibat atau tidak tetapi biarlah isu PASMA ini diselesaikan oleh PAS secara dalaman.


Persefahaman Pakatan Rakyat di Selangor adalah lebih penting. Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab yang besar. Tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha-usaha memenuhi harapan rakyat yang begitu tinggi.



YB Dato' Iskandar A Samad
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
16 Februari 2015

0 comments: