1. Merujuk kepada kenyataan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang
menyarankan para pengguna agar memboikot peniaga yang tidak menurunkan harga
barangan walaupun harga minyak telah diturunkan sebanyak dua kali bermula Disember
tahun lalu, saya ingin menyatakan bahawa yang lebih wajar untuk diboikot dalam
hal ini adalah Kerajaan kerana sistem pengurusan ekonomi Kerajaanlah punca pada
permasalahan ini . – Soal kenyataan beliau yang menimbulkan pelbagai reaksi itu
saya serahkan sahaja kepada pihak PDRM untuk menyiasat bagi diambil tindakan
sewajarnya.
2. Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pula mengulangi lagi
penegasan beliau untuk mengenakan tindakan keras ke atas mana-mana peniaga yang
tidak menurunkan harga barangan mereka menerusi Akta Kawalan Bekalan, Akta
Kawalan Harga dan Anti Pencatutan serta Akta Persaingan. Gesaan itu dibuat
dengan para peniaga diminta untuk mencontohi Kerajaan yang sanggup menangguhkan
kenaikan tarif elektrik sebagai usaha mengurangkan peningkatan kos sara hidup
rakyat.
3. Walaupun Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM) telah menyatakan kesediaan untuk melancarkan kempen
boikot besar-besaran terhadap peniaga atau syarikat yang menjual barangan pada
harga yang tinggi dan saya juga dengan ini ingin menyatakan sokongan 100%
terhadap usaha ini, namun alasan para peniaga khususnya pada peringkat
pengeluar atau pengilang dan pemborong ada munasabahnya dan harus diambil kira.
4. Mereka tidak dapat
menurunkan (bahkan terpaksa menaikkan) harga barangan kerana berikutan
kejatuhan nilai Ringgit, ia menambahkan lagi kos pengeluaran mereka khususnya
untuk tujuan pembelian bahan mentah.
5. Peliknya apabila Timbalan
Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengulas berkenaan penyusutan nilai
Ringgit ini dengan berkata bahawa ia adalah positif untuk negara. Dengan
beberapa huraian dikemukakan, beliau berkesimpulan bahawa keadaan itu akan
dapat meningkatkan penggunaan barangan buatan tempatan dalam kalangan rakyat
serta dapat mengembangkan sektor pelancongan dan perkhidmatan.
6. Dalam penjelasan beliau itu,
tidak pula dinyatakan secara jelas dan pasti apakah punca kejatuhan nilai
ringgit, bagaimana negara boleh terjejas dengan keadaan itu dan bagaimana pula
Kerajaan akan mengatasinya? Bahkan, dengan berkeyakinan penuh terhadap
kenyataannya itu, beliau menegaskan bahawa keadaan masih tidak membimbangkan
dan tiada keperluan untuk melakukan semakan terhadap KDNK.
7. Keyakinan beliau itu
akhirnya disanggah sendiri oleh Semakan Bajet 2015 yang diumumkan oleh YAB
Perdana Menteri. Dalam semakan itu, KNDK baru yang digariskan ialah 4.5% – 5.5%
berbanding 5% - 6% seperti yang disasarkan dalam Bajet 2015 yang dibentangkan
pada Oktober 2014 lalu; dan defisit fiskal pula ialah 3.2% berbanding 3%
seperti yang disasarkan sebelum ini.
8. Ini membuktikan bahawa
negara sebenarnya sangat terjejas dengan kejatuhan harga komoditi dan nilai
Ringgit walau apa juga aspek positif seperti apa yang diberitahu oleh Datuk
Ahmad Maslan.
9. Keadaan harga barangan yang
tetap naik ketika harga petrol naik dan turun boleh sahaja difahami dengan
mudah melalui teori ‘demand-pull inflation’ atau ‘cost-push inflation’;
termasuklah isu etika atau sikap peniaga. Ia hanya sekadar persoalan sampingan
yang dibisingkan oleh Kerajaan untuk mengalih perhatian awam terhadap
permasalahan yang lebih besar.
10. Sebenarnya yang berlaku
ialah ‘economic circulation’ dalam negara kita sedang bermasalah dan Kerajaan
pula tidak dapat menanganinya dengan berkesan. Kita berhadapan dengan MONOPOLI
kekayaan sebagaimana peringatan Allah dalam al-Quran
ِ ÙƒَÙŠْ Ù„َا ÙŠَÙƒُونَ دُولَØ©ً
بَÙŠْÙ†َ الْØ£َغْÙ†ِÙŠَاءِ Ù…ِÙ†ْÙƒُÙ…ْ
bermaksud;
"agar harta kekayaan tidak berlegar antara orang-orang kaya kamu
sahaja"
11. Berdasarkan data
kepenggunaan isi rumah (household consumption) bagi tempoh 2000 – 2009 yang
dikeluarkan oleh Bank Negara, perbelanjaan ke atas makanan dan minuman bukan
beralkohol adalah yang tertinggi iaitu 23% daripada jumlah perbelanjaan isi
rumah (household expenditure), diikuti oleh perbelanjaan ke atas perumahan dan
utiliti (18.9%); pengangkutan (13.4%); pelbagai barangan dan perkhidmatan
(12.8%); dan restoran dan hotel (7.5%). Kelima-lima komponen perbelanjaan ini
adalah mewakili 75.6% daripada keseluruhan jumlah perbelanjaan isi rumah.
12. Perbelanjaan ke atas
perumahan dan utiliti (18.9%); pengangkutan (13.4%); komunikasi (6.3%); dan
pendidikan (1.6%) yang berjumlah 40.2% daripada perbelanjaan isi rumah yang
menjadi keperluan semua orang pada ketika ini, adalah di bawah kawalan
Kerajaan. Masalahnya, samada rumah atau pengangkutan atau telekomunikasi
semuanya sedang dikawal oleh kuasa MONOPOLI yang anti persaingan dan akibatnya
harga kurang kompetitif kepada pengguna. Lebih teruk, syarikat-syarikat
berkaitan ini dimiliki oleh kroni kepada parti pemerintah.
13. Inilah masalah utama dan
sebenarnya dalam persekitaran ekonomi negara kita sehingga mengakibatkan para
pengguna iaitu rakyat berdepan dengan tanggungan kos sara hidup yang melambung
tinggi. Malangnya, Kerajaan cuba mengalihkan beban untuk meletakkan kesalahan
100% ke atas para peniaga demi memastikan kelangsungan kuasa mereka.
14. Oleh itu, sekali lagi saya
tegaskan bahawa yang lebih wajar untuk diboikot dalam hal ini adalah Kerajaan;
UMNO dan BN yang menggunakan sistem yang salah dalam urustadbir ekonomi negara
dengan membiarkan MONOPOLI EKONOMI berlaku.
Sekian.
Disediakan oleh :
YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin
Aman Razali at-Takiri
(Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat / AJK PAS Pusat / Ahli Parlimen Kuala
Nerus)
Tarikh
: 6 Februari 2015 / 16 Rabiulakhir 1436H
0 comments: