
Dato'
Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Naib Presiden PAS
Pesuruhjaya PAS Pahang
Hargai Sesuatu Waktu Masih Ada, Agar Tidak Menyesal Setelah Tiada
Ramai yang bersedih dan
melahirkan dukacita dengan pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat, sehingga pelbagai penulisan, banner, dan ucapan diterima dari pelbagai
pihak samada dari kalangan rakan Pakatan Rakyat atau dari BN, mahupun dalam dan
luar negara.
Sikap
hormat dan menyanjung seseorang pejuang merupakan suatu amalan yang sangat
baik, apatah lagi kalau luahan ucapan tersebut lahir dari hati yang ikhlas.
Namun kekaguman kita kepada
sesuatu tokoh tentulah bermanfaat seandainya kita bersama perjuangan yang
dibawanya , bukan hanya mengkagumi mereka setelah ketiadaannya.
Apa yang penting kita
memahami gagasan besar yang dibawa oleh TGNA ialah menanti keyakinan terhadap
ajaran Islam sebagai penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku. Kemelut
moral, kegawatan ekonomi, masalah perpaduan kaum, dan lainnya mesti kembali
kepada asas bahawa manusia adalah hamba Allah dan kita mesti mengambil panduan
dari Allah demi kebaikan sejagat.
Kehebatan pemikiran beliau
dan gagasan besar yang dibawa membuktikan bahawa beliau merupakan ulamak haraki
yang berjaya mempraktikkan ajaran dan syariat Ilahi khasnya sewaktu beliau
mentadbir kerajaan Kelantan.
Alangkah baiknya kalau kita
dapat bersama dengan beliau sewaktu beliau masih hidup, bukan hanya mengkagumi
selepas beliau tiada.
Apatah lagi sewaktu beliau
hidup, ribuan cemuhan, kritikal, dan tuduhan yang dilemparkan kepada beliau.
Mungkin ada yang akan
berkata adat perjuangan mesti menerima hakikat diuji dan dituduh dengan
pelbagai pertuduhan.
Hargailah sesuatu sewaktu
ia masih ada, agar kita tidak menyesal bila ia sudah tiada.
Marilah kita berkongsi
perjuangan yang telah ditinggalkan beliau. Mari kita dokongi perjuangan Islam
ini, agar kita dapat memancarkan keadilan sistemnya untuk masyarakat yang
bernaung di bawahnya agar menikmati keharmonian yang ditentukan-Nya.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
17 Februari 2015
0 comments: