Kelantan Bawa Rang Undang-Undang Mac Ini


Diterbitkan: 05 Februari 2015
Ditulis oleh ROSMIZA KASIM SINAR HARIAN

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan bercadang membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bulan depan bagi mendapatkan kelulusan beberapa pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang akan membolehkan ia melaksanakan hukum hudud dan qisas di negeri itu.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, melalui Rang Undang-Undang Persendirian itu Kelantan meminta supaya had hukuman ditingkatkan bagi  memenuhi kehendak al-Quran dan Sunnah.
 “Kita nak bawa pindaan kepada Akta 355 atau Perkara 76 (A). Kita tidak perlukan dua pertiga dan hanya perlu  majoriti mudah (sokongan) sahaja untuk tingkat hukuman,"katanya selepas mesyuarat Exco hari ini. - SINAR HARIAN 04 FEBRUARI 2015

0 comments: