
Majlis Pimpinan Pakatan
Rakyat telah bermesyuarat hari ini di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.
Ketiga-tiga
parti dalam Pakatan Rakyat mengesahkan komitmen kepada perjuangan Pakatan
Rakyat sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Agenda Bersama Pakatan Rakyat.
Mesyuarat hari ini
bersetuju bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Pakatan
Rakyat dibuat berteraskan prinsip muafakat bersama. Atas semangat saling
menghormati, keputusan yang dimuktamadkan sebegini menjadi asas keutuhan
Pakatan Rakyat selama ini.
Pun begitu, Pakatan Rakyat
juga akan terus meraikan perbezaan pendapat di antara parti-parti Pakatan
Rakyat. Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan
dan merangka penyelesaian menyentuh isu-isu Enakmen Jenayah Syariah 2 dan
Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan.
Bagi memperbaharui dokongan
para penyokong, kita bersetuju agar Konvensyen Pakatan Rakyat dianjurkan pada
10 Mei 2015.
Pakatan Rakyat mendokong
semua langkah mewujudkan permuafakatan membabitkan parti-parti politik dan
badan-badan bukan kerajaan bagi mencari penyelesaian berkaitan isu-isu semasa
terutamanya ekonomi dan ketegangan hubungan kaum.
Menjelang hari keputusan
Mahkamah Persekutuan dalam Kes Fitnah II, ketiga-tiga parti mengulangi tekad
dan memberikan jaminan bahawa perjuangan bersama di dalam Pakatan Rakyat akan
terus dipertahankan. Kami menegaskan bahawa perbicaraan ini adalah perbicaraan
bermotifkan politik. Majlis Pimpinan juga bersetuju untuk bermesyuarat semula
sejurus selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 10 Februari 2015.
TG Hj Abdul Hadi Awang
Lim Guan Eng
Anwar Ibrahim
0 comments: