Sempena Hari Keluarga Dewan Ulamak PAS Pusat, Jawatankuasa Harian DUPP telah mengadakan mesyuaratnya pada 1hb Februari 2015 di Impian Rimba Resort Hulu Langat, telah mencapai kata sepakat untuk membantu Kerajaan Kelantan bagi membina rumah kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir di Kelantan. Turut hadir Dato Hassan Mahmud selaku Ketua Dewan Ulamak Pas Kelantan dan Dr Abu Bakar Abdullah Pengerusi Lajnah Kebajikan DUPP.
Saya memohon agar semua Dewan Ulamak Pas Negeri-negeri untuk menyertai kempen "Rumah Barakah" yang dilancarkan oleh DUPP melalui Lajnah Kebajikan DUPP agar berusaha mendapatkan dana bagi tujuan tersebut. Anggaran kos sebuah rumah adalah bernilai rm40,000.
Bagi tujuan tersebut DUPP telah memutuskan untuk membina 12 buah rumah. Majlis peletakan batu asas pelancaran "Rumah Barakah" akan dilakukan 2 minggu dari sekarang.
Semoga melalui usaha ini, kita akan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa yang terlibat.
Dato Dr Mahfoz Mohamed
Pemangku Timbalan Ketua DUPP
1hb Februari 2015
0 comments: