Saya tidak berhasrat untuk
mengulas ugutan Ahli Parlimen Puchong YB Gobind Singh Deo mengenai kedudukan
PAS dalam PR sekiranya pembentangan rang undang undang pindaan enakmen Hudud
Kelantan diteruskan keranasebagaimana yang diketahui Hudud adalah sebahagian
daripada agenda perjuangan Islam PAS yang tidak boleh dipisahkan sama sekali.
Namun bagi saya dari sudut pandangan bukan Islam terhadap enakmen jenayah syariah ini; DAP bersuara seolah-olah semua bukan Islam tidak
bersetuju dengan enakmen ini sedangkan hakikatnya tidak begitu. Saya percaya
masyarakat bukan Islam yang hidup di Kelantan dan luar Kelantan pun bersetuju
ianya dilaksanakan kerana undang-undang ini hanya untuk penganut Islam sahaja
malah mereka dapat melihat kebaikan pada undang undang ini.
MUHAMMAD
KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia
0 comments: