Beberapa Isu sekitar 1-Malaysia Development Berhad (1-MDB).
1. Isu tentang pemilik The Edge, Datok Tong Kooi Ong yang dituduh menyerang ringgit (RM) untuk menjatuhkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi keuntungan peribadi tetiba menjadi kemelut hangat dalam pasaran Foreign Exchange (FX Market) sejak dilaporkan oleh sebuah blog (anonymous) Exposing The Truth of Malaysians malaysianexpose.wordpress.com) dengan tajuk How Tong Kooi Ong is attempting to break Bank Negara and crash the Ringgit (Jan 28).
2. Datok Tong telah membuat penafian (dengan kenyataan akhbar) atas tuduhan tersebut (shorting the ringgit) sebanyak dua kali sementara Tun Mahathir telah menyuarakan pandangan beliau bahawa Tong diserang kerana telah banyak membuat pendedahan dan mengkritik tentang tadbir-urus 1-MDB dalam medianya The Edge. Tun juga dikatakan telah digunakan oleh Tong bagi melancarkan serangan terhadap 1-MDB.
3. Saya tidak mahu membuat apa-apa komentar tentang dakwa-dakwi pihak yang tertuduh dan kini pihak PM Najib yang juga mahukan kes yang dianggap sebagai ‘economic saboteur’ atau ‘penyangak ekonomi’ di bawa kemuka pengadilan.
4. Meskipun banyak pihak yang telah membuat komentar bahawa keupayaan Tong dengan USD1bilion tidak boleh menggugat keutuhan BNM Malaysia yang mempunya RM400 bilion sementara seluruh (total transaction) Pasaran FX adalah sebanyak USD1trillion adalah tidakmenasabah, isu ini masih namapaknya mahu dimainkan oleh pihak kerajaan Najib Razak.
5. Persoalan saya untuk pihak Menteri Kewangan Najib dan BNM, yang berkebetulan adalah dipimpin oleh seorang tokoh Governor Central Bank yang dikitiraf dunia adalah seperti berikut:
6. Apakah langkah ‘supervisory dan regulatory’ yang telah dikemaskinikan oleh BNM sejak negara didakwa diserang oleh George Soros dalam krisis Kewangan Asia 1997 dahulu?
7. Mengapakah Datok Tong didakwa melepasi kesemua ‘surveillance and supervision’ peraturan ‘oversight’ yang sepatutnya telah dikuatkuasakan oleh BNM?
8. Mengapakah BNM negara, dalam kes Datok Tong ini, tidak memanggil beliau atas tuduhan bahawa beliau telah dikesan melakukan spekulasi matawang ringgit ini untuk beberapa buan sejak Ogos 2014?
9. Kesemua ini mesti di jawab oleh PM Najib yang kini telah dilihat termakan atau mungkinkah ada juga yang mendakwa menjadi dalang dalam mencetuskan ‘fiasco’ ini kerana expose yang dibuat oleh The Edge?
10. Aspek kedua yang saya ingin rakamkan dalam sidang akhbar ini adalah bersabitan hutang 1-MDB yang kini telah memasukki ‘zone bahaya’ sekaligus boleh menjejaskan ‘penarafan berdaulat’ atau ‘sovereign rating’ negara kerana jelasnya telah gagal membayar hutangnya sebanyak dua kali berjumlah RM5.5bilion pada buan June ini.
11. Mengikut laporan kewangan mutahir 31 Mac 2014, asset 1-MDB ialh sebanyak RM51.4b dan hutang sebanyak RM49.97b dan kerugian sebanyak RM665.4 juta. NTA adalah sebnayak RM1.43b. Hutang 1-MDB adlah 4% dari KDNK dan lebih banyak dari seluruh GLCs (tak termasuk Bank-Bank).
12. Seandainya gagal melunaskan hutang ini, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh menjadi punca kepada ancaman sistemik (systemic risk) sekaligus menjejaskan penarafan berdaulat negara. Pinjaman yang telah diberikan oleh Tan Sri Ananda Krishnan lebih menambahkan kegusaran pasaran tentang keupayaan kewangan 1-MDB.
Dr Dzulkefly Ahmad
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS
5 Februari 2015
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS
5 Februari 2015
0 comments: