KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS
WILAYAH PERSEKUTUAN
12 FEBRUARI 2015 / 22
RABIUL AKHIR 1436H
PERGINYA SEORANG
LAGENDA PENGULAS SUKAN TANAH AIR
Dewan Pemuda PAS WP
(DPPWP) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Haji Hasbullah
Awang yang telah meninggal dunia sebentar tadi. Allahyarham telah menghembuskan
nafasnya yang terakhir selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara.
Sesungguhnya pemergian
Allahyarham merupakan suatu kehilangan yang amat dirasai bukan sahaja oleh
keluarga beliau, malahan oleh seluruh peminat sukan tanah air. Allahyarham
merupakan seorang pengulas sukan tersohor sebaris namanya dengan Dato' Abdul
Rahim Razali. Ulasan sukan terutamanya bola sepak dan badminton amat sinonim
dengan Allahyarham. Bahkan Allahyarham memiliki gaya yang tersendiri, suara dan
intonasi yang unik yang tidak ada pada pengulas sukan yang lain. Inilah
kehebatan yang dimiliki oleh Allahyarham yang menjadikan seluruh peminat sukan
tidak jemu mendengar ulasan daripada Allahyarham.
Apa yang lebih
menarik, rata-rata generasi muda peminat sukan membesar dengan ulasan-ulasan
yang dibuat oleh Allahyarham Datuk Haji Hasbullah Awang. Namun kini, tiada lagi
ulasan-ulasan yang mencuit hati, tiada lagi suara emas berkumandang pada setiap
acara sukan, yang ada kini hanyalah kenangan dan memori yang tidak akan diluput
zaman.
Semoga Allahyarham
Datuk Haji Hasbullah Awang ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
DPPWP mendoakan agar beliau diampunkan Allah SWT dan berada di dalam lindungan
kasih dan sayangNya. Al-Fatihah
Mohd Faizu Bin Othman
@ Zawawi
Pengarah
Jabatan Kesenian,
Kebudayaan dan Sukan
Dewan Pemuda PAS
Wilayah Persekutuan
0 comments: