KUALA
LUMPUR: Hanya beberapa minggu sahaja lagi, daerah Marang amnya dan Kampung
Rusila khususnya dijangka menerima kedatangan ratusan ribu tetamu dari dalam
dan luar negara yang akan menghadiri Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali
ke-3 pada 19 hingga 22 Mac ini.
Menurut Pengarah
Urusetianya, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, ijtimak yang diadakan pada kali
ini lebih bermakna berbanding sebelumnya kerana himpunan wakil pelbagai negara
itu dianjurkan setelah Ahli Parlimen Marang, Datuk
Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulamak
Sedunia.
“Ijtimak
kali ketiga ini, lebih membawa erti dan kelainan kepada penduduk daerah Marang
khususnya dan Terengganu amnya kerana kini Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi
telah diamanah diiktiraf sebagai pemimpin Islam dunia secara rasminya dilantik
sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia,” ujarnya dipetik Buletin Online.
Justeru itu, katanya
pelbagai usaha memperelokkan dan menceriakan tapak utama perhimpunan, masjid
dan Kampung Rusila serta membaik pulih prasarana yang sedia ada sebagai
persiapan menghadapi kedatangan para pengunjung.
Ketua Pemuda PAS Kampung
Rusila, Ustaz Yusuf Abdul Hadi berkata, antara kerja-kerja gotong royong yang
dilakukan oleh para sukarelawan termasuk mengecat bangunan masjid, menimbus dan
membersihkan kawasan untuk dijadikan kawasan tempat letak kenderaan dan tapak
jualan.
Katanya, dewan pameran
dibersihkan dan menceriakan suasana dan pemandangan sepanjang pesisir pantai
antara Kampung Ru Renggeh sehingga Kampung Rhu Rendang sejauh kira-kira lima
kilometer.
0 comments: