1. PAS menyambut baik keputusan yang dibuat oleh UMNO untuk tidak bertanding di dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang dikatakan atas faktor mewujudkan perpaduan ummah.
2. Dengan keputusan yang dibuat ini, PAS berharap agar UMNO tidak lagi menghantar calon di dalam mana-mana pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum kerana ia secara tidak langsung mengakui UMNO lah punca utama perpecahan yang berlaku di dalam kalangan masyarakat. Apabila UMNO bertanding di dalam pilihanraya, suasana perpecahan dan perbalahan sering berlaku kerana UMNO sering memanipulasikan jentera kerajaan untuk kepentingan partinya sahaja dan sekaligus mewujudkan padang permainan yang tidak rata.
3. Justeru, PAS menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO semalam dan berharap ia akan terus digunapakai pada masa akan datang. UMNO bolehlah meneruskan agenda perjuangan parti mereka dengan menceburi lapangan dan bidang yang lain selain politik. Pastinya, Malaysia akan mengalami politik baru yang lebih aman-damai tanpa perlunya lagi UMNO-BN bertanding di dalam pilihanraya.
Malaysia Baru Tanpa UMNO.
Terima Kasih PM...
Malaysia Baru Tanpa UMNO.
Terima Kasih PM...
Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS
0 comments: