Pra Syarat Kemenangan Kita. Siri 07

18. Islam yang kita bawa dan perjuangkan hari ini adalah Islam yang sama sebagaimana Islam yang dibawa oleh Baginda saw. dan nabi – nabi terdahulu . Justeru itu tidak ada sebab mengapa kita tidak yakin terhadap masa depan Islam yang gemilang sedang Baginda saw. sangat - sangat yakin walaupun nyawa Baginda saw. senantiasa terancam .

19. Nabi Allah Ibrahim as. berjaya menumpaskan Rejim Namrud , raja yang memerintah dunia ketika itu . Nabi Musa as. berjaya menewaskan Rejim Firaun , raja yang mengaku dirinya tuhan . Sementara nabi kita Muhammad saw. pula berjaya mengalahkan kuffar musyrikin yang dibantu oleh Yahudi dan Nasara .

20. Maka apalah sangat sukarnya untuk kita menundukkan musuh Islam hari ini. Tanda – tanda kejatuhan empayar mereka tampak jelas sebagaimana jelasnya tanda – tanda kemenangan untuk menjulang Panji Perjuangan Suci .

21. Namun begitu , suatu kedudukan yang mesti difahami dan diinsafi oleh setiap individu pejuang , bahawa kalah - menang dalam pilihanraya dan gagal – jaya dalam usaha dakwah bukanlah menjadi hitungan akhir kita , sebaliknya perjuangan diteruskan sehingga Allah menentukan saatnya .

أَلا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
“ Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah ( kemenangan ) amat hampir ”
Al Baqarah : 214

22. Kekalahan dalam pilihanraya tidak bermakna Islam itu kalah dan salah , malah Islam adalah cara hidup yang wajib dilaksanakan . Sungguhpun konspirasi musuh kian sengit dan getir , Allah tidak lalai dari menyelamatkan agamaNya .

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.
Surah Al Anfaal : 30

23. Apa yang penting ialah anggota , kepimpinan dan jentera kita sewajarnya terus beristiqamah dan memberi komitmen kepada syarat – syarat kemenangan seperti ikhlas , dengar dan taat , pengorbanan yang tinggi , kombinasi tenaga yang utuh , taqarrub kepada Allah , pertahankan prinsip Serta ketulenan manhaj perjuangan dan seterusnya bermunajat kepada Allah swt.


Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

0 comments: