27. Petanda Ikhlas seorang
pejuang .
Petanda Satu :
Nawaitu yang jelas dan
tepat hanya kerana Allah swt. tidak kerana target nak jadi ketua atau
seumpamanya sehingga melanggar disiplin Amal Jamaei atau membina imej diri
sehingga merempuh system syura dalam Amal Islami.
عن أمير المؤمنين أبي حفص
عمر بن الخطاب رضى الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :
إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ وَ إِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى
فَمَنْ كَاْنَتْ هِجْرَتُهُ إِلى اللهِ وَ رَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلى اللهِ وَ
رَسُوْلِهِ وَ مَنْ كَاْنَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا
فَهِجْرَتُهُ إِلى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .
( رواه البخاري و مسلم )
“Sesungguhnya amalan
berasaskan niat dan sesungguuhnya bagi setiap individu terpulang kepada apa
yang ia niatkan , maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya
maka hijrahnya kembali kepada Allah dan RasulNya dan barangsiapa yang berhijrah
kerana dunia (tujuan keduniaan) yang ingin diperolehinya atau kerana
perempuan yang ingn dikahwininya maka hijrahnya kembali kepada tujuan asal
hijrah yang ia lakukan.” [1]
28. Nawaitu yang ikhlas
sangat diperlukan oleh seorang pejuang kerana ia kelak akan berfungsi sebagai
senjata dan penangkis agar ia tidak gugur dari perjuangan suci ini sekalipun
diuji dan digoncang perasaannya . Hasil nawaitu yang ikhlas ini mercerna.
5 sifat positif bagi
seorang pejuang.
السكينة النفسية - Jiwa yang
tenang
القوة الروحية - Rohani yang
kuat
الإستمرار في العمل -
Istiqamah terhadap tugas
تحويل العاديات إلى العبادات
- Semua tugas menjadi ibadat
احراز ثواب العمل - Beroleh
ganjaran dalam tugas
Petanda Dua :
Bekerja dan bertugas walau
tanpa jawatan . Jawatan hanya menjadi alat dan pengagihan tugas , bukan
platform amal . Sikap hanya aktif semasa memegang jawatan dan menghilangkan
diri dikala tidak berjawatan adalah sikap negatif yang mendhohirkan ketidakikhlasan
dalam perjuangan.
29. Contohilah Khalid Ibnul
Walid yang menerima surat perletakan jawatan di tengah medan perang dari Amiril
Mukminin Saiyidina Omar Al Khattab rha. , tetapi Khalid Al Walid meneruskan
perjuangan sehingga perang selesai , barulah surat itu diwartakan kepada umum .
30. Lantas sahabat rhm.
mempersoalkan kenapa Khalid Al Walid terus berperang walhal ia tidak lagi
menjadi ketua turus tentera waktu itu . Khalid Al Walid rha. mengemukakan
jawapan yang cukup jelas mempamerkan keikhlasan seorang pejuang bahawa ia berjuang
dan berperang bukan kerana Omar tetapi kerana Allah swt.
Petanda Tiga :
Bersedia menerima dan
memberi nasihat atau teguran, kerana sikap ini bukan sahaja menyuburkan budaya
التناصح ( nasihat menasihati ) dikalangan anggota parti / jamaah malah menyemarakkan
semangat keikhlasan berjuang. Justeru mereka yang memperjuangkan kepentingan
peribadi dan merasakan hanya dirinya yang betul , pasti tidak akan memiliki
sikap tersebut .
عن أبي رُقَيَّةَ تميم بن
أَوْسٍ الدَّارِيِّ رضى الله عنه : أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : الَدِّيْنُ
النَّصِيْحَةُ قُلْنَا لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلَّهِ وِ لِكِتَابِهِ وَ لِرَسُوْلِهِ
وَ لأََئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَ عَامَتِهِمْ .
“Ugama ialah nasihat , lantas kami bertanya : Bagi siapa ? Rasulullah saw.
menjawab : bagi Allah swt. , kitabNya , rasulNya , pemimpin muslimin dan orang
– orang awam mereka (muslimin)”
Riwayat Imam Muslim
Nasrudin bin Hassan
Pengarah Jabatan Pilihanraya
Dewan Ulamak PAS Pusat
0 comments: