PROPAGANDA MEDIA MUSUH: KENAPA KITA PERCAYA?


PROPAGANDA MEDIA MUSUH: KENAPA KITA PERCAYA?

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my


Multaqa Ulama Se-Malaysia (MUS) yang berlangsung di Stadium Tertutup MPSJ, Seri Kembangan pada Sabtu, 21 Februari kelmarin telah membuktikan komitmen dan kesediaan para alim ulama untuk memastikan kelestarian manhaj perjuangan PAS dan usaha menggapai kemenangan siyasah dalam rangka Ilahi berdasarkan sunnah perjuangan Rasulullah SAW.


Telah ditegas dan dikemukakan asas serta prinsip dasar yang akan dipersadakan PAS dalam memelihara jatidiri perjuangan serta tasawwur pemerintahan untuk ditawar kepada ummah.


Malangnya, berbanding sisi penerangan dan pemahaman, propaganda media lebih terfokus menghodohkan wajah MUS dengan laporan negatif dan membohongi ucapan sebenar pembentang atau perwakilan.


Lebih malang lagi apabila terdapat juga dari kalangan ahli PAS, percaya dan meluaskan sebaran dari adu domba media musuh hingga membakar spekulatif.

Atas tanggung jawab menjelaskan kebenaran, di sini dipetik semula ungkapan sebenar disebut pada program tersebut untuk dinilai banding:

Dr Mohd Zuhdi Marzuki

“...ketua inilah Presiden kita, yang bawa kita masuk ke hutan rimba, untuk kita sampai destinasi menegakkan agama Allah ini. Apabila ketua kata ke tepi, jangan ada yang ke kanan. Apabila ketua kata berhenti, jangan ada yang terus. Apabila ketua kata berundur, jangan ada yang mara. Siapa yang mara, mungkin dia akan ditelan oleh harimau. Siapa yang tidak ikut ketua, mungkin dia akan bersama-sama dengan khinzir yang lain. Maka di situlah pentingnya kita berada dalam kedudukan kita hari ini dengan kita menjadikan.....”


Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah

“....Sebab itulah PAS ini mesti dibersihkan daripada unsur-unsur yang merosakkan PAS ini sebagaimana kita nak masak kita kena tampi, kita kena ayak biar keluar semua antah, yang tinggal hanya beras yang bersih sahaja. Antah yang paling awal yang ada dalam PAS hari ini adalah PasMa. Inilah antah yang paling nyata sekali yang ada dalam PAS. Sebab itu kalau sapa-sapa-sapa yang pertahankan PasMa, orang ini gila nak makan antah, dia tidak suka kepada beras. Sebab PasMa-PasMa ni ‘bare punoh’ ore Kelate kato....”


Tuan Guru Sidek Mohd Noor

“...kita nak Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, kita nak AJK PAS Pusat yang boleh bantu Presiden, insya-Allah. Saya tengok atas pentas ini semua boleh tonjol, tuan-tuan undi atas pentas ni, tuan-tuan calon, boleh? (Boleh - peserta). Menjerit saja tak boleh tuan-tuan, guna kuasa undi tuan-tuan....”




Banyak lagi petikan lain yang telah dipalsu atau dibohongi oleh media cetak, elektronik atau media sosial. Cukup dahulu petikan tersebut sebagai bukti awal untuk golongan beriman mengambil sikap ‘tabayyun’ dalam berhadapan situasi ini.

0 comments: