
MULTAQA ULAMAK SEMALAYSIA
II BERTEMAKAN TERUS ISTIQAMAH BERSAMA KEPIMPINAN ULAMAK YANG DIADAKAN PADA 21
FEBRUARI 2015 DI STADIUM TERTUTUP MBSJ, SERDANG JAYA SELANGOR TELAH MENGAMBIL KETETAPAN MELALUI RESOLUSI YANG
DIRUMUSKAN:
1- Seluruh kepimpinan DUPP dan
peserta Multaqa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mursyidul
Am PAS, Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat di atas
pemergian Allahyarham menemui penciptanya. Segala hasrat dan inspirasi
perjuangan Islam Allahyarham yang masih belum terlaksana akan diusaha dan
diperjuangkan sehingga dapat direalisasikan menjadi kenyataan.
2- Multaqa Ulama
Se-Malaysia ll kali ini menyeru dan menuntut setiap pemimpin dan ahli PAS
supaya beristiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam, memandangkan cabaran dan
tribulasi perjuangan PAS pada hari ini semakin mencabar dari luar dan dalam.
3- Multaqa Ulamak
Semalaysia ll turut mengambil ketetapan untuk menyokong usaha Kerajaan Kelantan
bagi mengemukakan rang undang undang persendirian ke Parlimen untuk pelaksanaan
hudud di Kelantan meskipun dibantah oleh DAP dan PKR.
4- Berazam dan bertekad
untuk melipatgandakan usaha bagi mempertahan dan memperjuangkan dasar dan
pegangan PAS yang berlandaskan lslam. Dasar ini tidak pernah berubah dari
dahulu hinggalah sekarang. Matlamatnya yang telah jelas iaitu:
i. Menjadikan Islam sebagai
dasar perjuangan serta berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah.
ii. Bercita-cita
melaksanakan hukum Allah di dalam pemerintahan dan seterusnya mendirikan Daulah
Islamiah.
5. Bersatu dengan merujuk
dan berpegang kepada al-Quran dan Sunnah adalah wajib bagi membina kekuatan
kesatuan amal dan fikrah (wahdatul fikri wa wahdatul amal) diperingkat anggota
parti supaya dapat bertahan dalam berhadapan dengan gelombang dan arus yang
mencabar.
6- Walak dan Ketaatan
kepada Ketua adalah wajib menurut al-Quran dan Sunnah. Punca kepada perpecahan
ialah tiadanya walak dan ketaatan kepada Ketua. Justeru, Multaqa Ulamak
Semalaysia ll menekankan tentang kewajipan setiap ahli untuk memberikan ketaatan
kepada Majlis Syura Ulamak dan Presiden sebagai ketua syarie dalam PAS
selagimana tidak bertentangan dengan nas Al-Quran dan As Sunnah. Ahli
diperingatkan agar tidak melanggar baiah yang telah diikat antara dirinya dan
Allah SWT. Sekiranya berlaku pelanggaran maka ia dikira sebagai pengkhianatan
kepada parti.
7- Sebarang bentuk
pelanggaran arahan Majlis Syura Ulamak dan keputusan Presiden adalah satu
kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS walau apa jua alasan dan sebab yang
diberikan serta jawatan yang disandang.
8- Menyeru kepada pemimpin
dan ahli PAS agar menjauhi pemikiran Islam Liberal yang mengetepikan
pelaksanaan syariat dan mengambil tanggungjawab membendungnya. Aliran pemikiran
tajaan barat ini dilihat mula bertapak dalam PAS yang membuatkan sebilangan
anggota PAS telah tersasar matlamat sebenar perjuangan Islam iaitu mendaulatkan
syariat Allah SWT.
9- Semua ahli PAS perlu
mengambil tanggungjawab membendung sebarang anasir yang cuba menebuk bahtera
PAS termasuklah akhlak buruk mencerca dan menghina para Alim Ulamak yang soleh
di media maya secara khususnya.
10- Bagi memastikan
anasir-anasir perosak di dalam PAS tidak berterusan melakukan mungkar di dalam
PAS, Dewan Ulama PAS Pusat menggesa pihak Majlis Syura Ulama PAS dan
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat melalui Jawatankuasa Disiplin agar mengambil
tindakan disiplin ke atas mana-mana pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan
PASMA.
11- Dewan Ulamak PAS Pusat
menggesa Majlis Syura Ulama PAS dan Jawatankuasa PAS Pusat agar menyegerakan
siasatan berkaitan akuan berkanun berkenaan terdapat kumpulan dan gerakan yang
terdiri dari kalangan AJK PAS Pusat untuk menjatuhkan Presiden PAS melalui cara
yang tidak syarie dan tidak berakhlak dengan menggunakan medium komunikasi
whatsapp. Tindakan tatatertib dan disiplin perlu diambil melalui sebuah
jawatankuasa khas yang bukan dianggotai oleh AJK PAS Pusat dan hendaklah
dipantau oleh Majlis Syura Ulamak.
12. Dewan Ulamak PAS Pusat
sentiasa mengambil langkah memantau dan mengkaji kedudukan Tahaluf bersama Pakatan
Rakyat. Dewan Ulamak PAS Pusat turut mengingatkan pemimpin dan ahli PAS supaya
jangan sampai ada berlaku wala kepada rakan tahaluf, kita bekerjasama untuk
mencapai tujuan yang disepakati tanpa mengenepikan dasar PAS. Prinsip-prinsip
islam jangan dibiarkan dan tidak dipertahankan demi menjaga tahaluf siyasi.
13. Permasalahan ekonomi
negara pada hari ini hanya dapat diselesaikan menerusi solusi Islam yang
merujuk kepada al-Quran dan Sunnah yang menegaskan dasar pengurusan ekonomi
oleh tangan yang amanah, berhemah dalam perbelanjaan, menolak sumber pendapatan
berasaskan percukaian yang zalim dan perkongsian ekonomi yang adil dan bersifat
rahmah antara kaya dan miskin tanpa diskriminasi, manipulasi dan monopoli.
14- Pemimpin dan ahli
hendaklah melengkapkan diri mereka dengan tarbiyyah Islamiah yang syumul bagi
mencapai kemenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT.
15. Perjuangan Islam tidak
boleh lari daripada mehnah dan cubaan , maka Multaqa mengambil pendirian supaya
munajat dan solat hajat hendaklah dianjurkan oleh semua kawasan semua PAS di
selamatkan daripada anasir-anasir yang boleh merosakkan parti dan Islam di
negara ini.
Sekian.
0 comments: