
Kenyataan Media MAPIM
5 Februari 2015
SEGERA TUBUHKAN MAJLIS PERUNDINGAN NASIONAL - ATASI POLARISASI KAUM,
AGAMA DAN JURANG KAYA-MISKIN
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mencadangkan sebuah badan Perunding Kebangsaan diujudkan untuk menangani isu polarisasi kaum dan pemisahan yang semakin tajam dikalangan rakyat dinegara ini demi mencari mekanisme yang berkesan untuk melahirkan sebuah negara yang lebih harmonis dan integral dari sudut hubungan antara kaum dan agama.
Terlalu banyak isu yang semakin mempertajamkan hubungan antara kaum dinegara ini yang tidak sihat .
Sudah sampai masanya untuk isu yang berkaitan dengan peranan dan kedudukan Islam di negara ini dibincangkan dengan serius dan mendalam. Hak umat Islam serta pengembangan syariat dalam kehidupan masyarakat Islam perlu diketengahkan dengan matang dan bijak.
Sementara itu isu hubangan antara kaum akibat sentimen dan prasangka yang semakin tidak terkawal menyebabkan keadaan tidak kondusif untuk pembinaan rakyat yang bersatu dan saling menghormati. Kenyataan-kenyataan yang berbaur rasis yang tidak bertanggungjawab sering dikeluarkan oleh mereka yang mahu meraih keuntungan politik tanpa berfikir kesan negatif kepada rakyat dan negara. Perdebatan yang bersifat mempertajamkan hubungan antara kaum diluar persepakatan yang dicapai sejak negara mencapai kemerdekaan kini semakin mengeruhkan keadaan.
Kami juga mendapati sistem dan polisi pendidikan yang ada kini belum cukup kukuh untuk mengujudkan rasa perpaduan dan rasa saling menghormati dalam realiti kepelbagaian kaum dikalangan generasi muda. Jikapun ada , rasa keperihatinan terhadap kepentingan hidup harmonis antara kaum tidak berlaku secara nyata . Ia tidak terpupuk dengan berkesan diperingkat pendidikan tinggi. Polarisasi kaum dalam pendidikan memberi kesan besar kepada masyarakat ketika generasi muda mendewasa dan hidup secara berasingan .
Isu ketidaksaksamaan serta jurang antara golongan miskin yang terbanyak dan kelompok kaya yang segelintir , maseh tidak diberi perhatian bersungguh oleh pihak pemerintah. Kegagalan pihak kerajaan meletakkan polisi yang berkesan untuk mengujudkan kesimbangan pendapatan dikalangan rakyat telah menimbulkan ketidakstabilan sosial dan ekonomi. Kecemburan sosial kini meningkat akibat sistem pengagihan kekayaan negara tidak merata dan memenuhi keperluan kelompok bawahan.
Juga isu-isu seperti korupsi , salahguna kuasa dan ancaman terhadap keselamatan individu , bakal membiak kepada krisis yang tidak boleh dikawal dan akan memusnahkan apa yang telah terbina sepanjang 5 dekad yang lalu. Ketidaktelusan pengurusan kewangan negara dan salah tadbir yang sering berlaku seperti yang dilapor oleh Jabatan Audit Negara menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat.
Kami tidak melihat kelompok ekstrimis terlalu membawa ancaman kerana bilangannya maseh sangat kecil. Ia boleh ditangani dengan langkah yang berkesan melalui usaha mendidik masyarakat untuk memahami masalah yang melatari senario global dan punca kenapa keganasan berlaku . Masyarakat umumnya tidak menerima pendekatan ganas untuk menyelesaikan masalah. Untuk menggambarkan masalah yang sedang mengancam negara secara simplistik iaitu pertembungan antara aliran sederhana dan ekstrimis adalah salah dan tersasar dari kebenaran.
Siapakah yang dilabel sederhana ( moderate )? Jika seorang itu mendesak supaya diharamkan konsert pop yang liar dan menggalakkan cambur baur antara lelaki dan wanita yang tidak bermoral , gejala hedonisme dan kelucahan , dan dia menganggap itu sebagai suatu pencerobohan budaya Barat ke atas umat Islam, bolehkah dia digelar ekstrimis? Jika ini adalah kriterianya , maka seolah majoriti rakyat di Malaysia dalam negara ini boleh dilabel "ekstrimis".
Ekstrimisme berpunca dan berkembang apabila pihak pemerintah gagal menangani keresahan dan sungutan rakyat mengenai ekonomi , sosial , pendidikan dan agama. Jika keresahan-kersahan ini tidak ditangani dengan baik dan polisi yang wajar diujudkan untuk melayani sungutan rakyat , maka ekstrimisme akan muncul.
Terdapat jurang kaya miskin dan pemilikkan aset yang sangat meluas di negara ini. Sekelompok 20% dari populasi negara ini memilikki lebih 51% kekayaan negara . Golongan yang terkaya iaitu 10% dari populasi memilikki lebih 35 % sumber negara. Sementera itu upah pekerja tidak mengikut kadar peningkatan produktiviti.
Lebih parah lagi kaum pribumi Sabah dan Sarawak adalah antara yang paling miskin disebabkan pihak kerajaan yang tidak mengendahkan keperluan " pembangunan" mereka , ditambah pula sumber dan budaya kehidupan seharian mereka dimusnahkan.
Dalam sebuah syarahan awam tahun lepas iaitu Dr.Choy Yee Keong dari Universiti Kyoto menyatakan" Malaysia adalah negara yang mempunyai pengagihan pendapatan yang paling tidak saksama di Asean ". Beliau juga mendedahkan bahawa " meskipun wujud DEB , pendapatan purata kaum Bumiputera adalah yang terendah antara 3 kumpulan etnik utama di negara ini "
Polarisasi yang tidak sihat berdasarkan perkauman di sekolah dan institusi pengajian tinggi adalah faktor utama yang menyumbang kepada ketidakfahaman dan empati diantara etnik dan kumpulan agama yang ada dalam negara ini. Tidak wujud pergaulan yang berkesan dan penyertaan yang meluas dalam aktiviti-aktiviti yang boleh membina hubungan yang akrab antara kaum disekolah.
Demikian juga dalam aktiviti ekonomi . Aktiviti ekonomi tertentu yang dikaitkan dengan satu kaum maseh berterusan. Ini cuba dibasmi dalam DEB , namun tidak tercapai kerana salahtadbir dalam implementasi dasar tersebut. Gejala Ali Baba telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik dan antara etnik itu sendiri . Demikian juga diskriminasi pekerjaan dalam sektor swasta dan awam juga menjadi punca ketegangan.
Kami juga melihat persoalan peminggiran undang-undang Islam dalam Perlembagaan dan tuntutan umat Islam untuk hidup dibawah undang-undang Syariat . Tuntutan umat Islam dalam hal ini semakin kuat diketengahkan . Oleh itu ia perlu dipertimbangkan dan penyelesaian yang wajar diusahakan. Pertentangan antara keputusan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil telah mencetuskan krisis dalam sistem kehakiman negara. Kita tidak boleh menafikan kewujudan masalah tersebut dan terus meneruskan melaungkan " pertahankan Perlembagaan ! " , padahal Perlembagaan itulah yang menjadi punca masalah dan perlu diselesaikan.
Dengan yang demikian kami mengusulkan supaya badan Perunding itu ditubuhkan untuk menangani isu-isu tersebut dan rekomendasi polisi-polisi yang tepat digubal, termasuk meminda Perlembagaan yang boleh mempromosi dan memperkukuhkan perpaduan nasional , keadilan sosial dan kebebasan bersama tanggungjawab.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
0 comments: