Setelah kita meniliti
cara persempadanan semula dalam Bahagian Pilihan Raya Persekutuan seperti yang
dicadangkan oleh pihak SPR, kita dapati beberapa perkara yang agak mengelirukan
seperti kawasan atau daerah tempat mengundi baru tidak dinyata dengan jelas.
Bagaimana pengundi tahu daerah tempat mengundi baru sedangkan kawasan DUN
mereka sudah bertukar?
Kebanyakan kawasan
yang padat penduduk juga tidak dipisahkan menjadi satu DUN baru sedangkan
kawasan yang kurang penduduk seperti kawasan luar bandar pula dipisahkan
menjadi satu DUN baru. Di sini berlaku ketidakseimbangan dalam
perjumlahan pengundi dimana kawasan yang ramai pengundi sepatutnya boleh
dibahagi kepada kawasan baru.
Sudah tentu ini
memberi kelebihan kepada pihak pemerintah memandangkan penduduk luar bandar
masih banyak bergantung bantuan dari kerajaan yang memerintah. Perkara ini
nampak macam berat sebelah dan pada dasarnya memang kita tidak setuju cara
persempadanan semula dilakukan kerana berlaku ketidakseimbangan antara kawasan
bandar dengan luar bandar walaupun alasan pihak SPR untuk memberi kemudahan
kepada penduduk luar bandar untuk menunaikan hak mereka mengundi.
Jumlah bilangan
pemilih dalam Sarawak sebanyak 1,109,134 orang seperti yang tercatit dalam
Bahagian Pilihan Raya Persekutuan 2014.
Kami juga dapati
daerah mengundi di Tanjong dan Luak sudah bertukar ke dalam DUN Piasau. DUN
Senadin sekarang meliputi Kuala Baram, Lopeng dan Riam saja. Kebanyakan
pengundi tidak tahu berlaku perubahan tempat mengundi baru mereka sekiranya
mereka tidak melihat jadual baru persempadanan semula yang dipamerkan di daerah
masing-masing. Mereka mungkin tidak begitu kisah sebab tidak ada berlaku
sebarang perubahan atau persempadanan semula dalam Parlimen Miri.
Sepatut kawasan bandar
yang padat dengan penduduk seperti di kawasan Senadin boleh di tambah DUN baru
dengan adanya pertambahan penduduk dalam kawasan perumahan di Lopeng, jalan
Airport, Riam dan di Luak.
Kalau ikut kawasan
sempadan Lopeng dan Riam yang terpisah dari kawasan DUN Senadin sepatutnya
dipisahkan dari kawasan Kuala Baram. Mengapa ianya tidak digabung dengan
Tanjong dan Luak menjadi satu DUN baru yang berjumlah lebih dari 14 ribu
pengundi.
Memandangkan kepadatan
penduduk di kawasan DUN Senadin yang meliputi kawasan perumahan baru
di Tudan, Permyjaya dan Kuala Baram sepatutnya kawasan Lopeng dan Riam tidak
dimasukkan dalam DUN Senadin.
Kita mahu semua pihak
yang terlibat perlu dipanggil bersama untuk bincangkan masalah ini agar ianya
dapat memberi kepuasan kepada semua pihak yang terlibat.
Kita tidak mahu ada
berat sebelah dalam persempadanan semula berlaku dalam DUN Sarawak.
Sekiranya ianya diluluskan nanti tentu DUN Sarawak akan bertambah banyak dari
71 menjadi 82.
Sekiranya berlaku
persamaan dalam kerusi DUN suatu hari nanti, pihak SPR perlu mengkaji semula
angka genap sekarang menjadi angka ganjil agar tidak berlaku perebutan kuasa
nanti apabila jumlah kerusi pembangkang dengan BN sekarang ada persamaan. Ini
tidak mustahil berlaku pada masa hadapan kerana BN tidak akan jadi pemerintah
selamanya.
Kita mengesa pihak SPR
mengkaji semula cadangan mereka untuk memisahkan DUN yang sedia ada sebelum
digazetkan untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum Sarawak nanti. Kerjasama
dengan pihak SPR untuk mengkaji semula cadangan mereka amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
0 comments: