Tadabbur Qur'ani Juz 26 Surah al-Hujurat


Jiwa ini melihat surah ini membentangkan pertunjuk buat mukmin yang kini disibukkan dengan aktiviti di dalam bilik-bilik whasapp yang boleh dikiaskan sebagai al-Hujurat (bilik-bilik)


Petunjuk 1: 

Allah memimpin mukmin tidak mendahului hukum Allah dan RasulNya dalam menghukum dan menghukum dengan penuh taqwa


Petunjuk 2: 

Allah memberi amaran kepada mukmin di dalam bilik-bilik wasap ini berpegang pada akhlak Islami dengan tidak mengeluarkan pandangan dan berbincang untuk mengatasi pandangan atau mendahuli pandangan pimpinan jemaah dalam merencanakan urusan dalam jemaah. Mukmin sentiasa diuji ketaqwaan nya dalam mengemukakan pandangannya walaupun dia merasakan pandangnnya itu terbaik berbanding yang lain.


Petunjuk 3: 

Allah melarang mukmin membuat rencana di luar bilik-bilik (membelakangkan pandangan jemaah) yang boleh menguji ketaqwaannya dalam memberikan pandangan.


Petunjuk 4: 

Allah memimpin supaya mengamalkan perimbangan dan penapisan (tabayun) terhadap sebarang berita yang terima sebelum disebarkan ke dalam bilik masing-masing.


Petunjuk 5: 

Perbincangan semata-mata untuk mencari islah dan menangani perpecahan dengan penuh keadilan


Petunjuk 6: 

Tidak memberikan gelaran yang tidak berakhlak sesama mukmin apabila menyebut pihak tertentu dalam perbincangan


Petunjuk 7: 

Tidak membina sangkaan sesama mukmin, tidak mengumpat dan mengintip golongan yang mencari perdamaian


Petunjuk 8: 

Teruskan tugas berjihad dengan diri dan harta dengsn kemampuan yang ada dan tidak merasa ragu dengan ujian dan fitnah yang menimpa 


Petunjuk 9: 

Tidak mengungkit-ungkit dan menyebut kebaikan yang sudah dibuat dengan menyerahkan nya kepada Allah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan".

Dr UsWah

0 comments: