TG Haron Din Jalankan Tugas Mursyidul Am PAS


PETALING JAYA : Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din akan menjalankan tugas sebagai Mursyidul Am sementara Majlis Syura Ulama PAS bermesyuarat membincangkan pengganti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Demikian kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali apabila ditanya tentang calon pengganti yang akan mengambil alih tugas sekiranya ada mesyuarat atau apa-apa perkara yang berbangkit nanti.

“Tiada mesyuarat yang dirancang dalam masa terdekat. Semetara itu, Tuan Guru Haron Din akan menjalankan tugas,” katanya.

“Saya juga tidak menolak jika Majlis Syura bercadang membuat perlantikan dalam kalangan mereka tetapi saya tidak mendengar sebarang berita mengenainya,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini (16 Feb 2015).

Mustafa juga mengingatkan, perlantikan Mursyidul Am ialah kuasa Majlis Syura Ulama PAS dan tidak melibatkan PAS Pusat.

0 comments: