KUALA LUMPUR: Harakahdaily bersedia ke mahkamah sekiranya akhbar 'online' milik lidah rasmi PAS itu disaman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, demikian menurut Peguam PAS Hanipa Maidin.
Menurut Hanipa, notis tuntutan yang dihantar kepada Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakop pada 26 Febuari lalu adalah atas kapasiti individu bukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Di dalam notis tersebut dinyatakan beberapa tuntutan antaranya tuntutan meminta maaf, menarik balik artikel terbabit dan ganti rugi bagaimanapun tidak dinyatakan jumlah.

"Di dalam notis itu kita diberi masa 48 jam untuk minta maaf. Saya tidak pasti mungkin peguam akan arahkan Najib untuk saman atau tidak. Kita bersedia terima saman itu. Kita bersedia berdepan," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini hari ini.
Hanipa berkata, pihaknya menghormati hak Najib untuk menyaman tetapi jika hanya melibatkan penulisan mengapa beliau sehingga kini tidak mengeluarkan kenyataan untuk menyaman New York Times.
Ini kerana katanya, artikel yang ditulis Dr. Rosli pada 12 Februari lalu, beliau mempersoalkan sama ada anak tiri Najib Riza Aziz mendapat manfaat daripada 1MDB.
Artikel yang bertajuk "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?" ditulis berdasarkan satu berita yang disiarkan akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times.
Beliau berkata sehingga kini belum lagi menerima surat saman daripada Najib dan pihaknya berhak menjawab di mahkamah nanti.
Tambahnya, bukan sahaja Harakahdaily menerima notis tuntutan ini bahkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli turut mendapat notis yang sama bagaimanapun sehingga kini belum mendapat surat saman daripada Najib.
Turut bersama dalam sidang media itu, Dr Rosli dan Pengarah Eksekutif Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad. – HARAKAHDAILY 2/3/2015

0 comments: