BAJET KERAJAAN YANG TIDAK MEMBANTU MENYELESAIKAN
INDEKS JENAYAH DAN KERUNTUHAN MORAL
Oleh :
Haji Razman Haji Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
1. Statistik jenayah dan keruntuhan moral semakin membimbangkan di Malaysia. Berikut adalah senarai kes yang dibentangkan dalam parlimen oleh Kementerian Dalam Negeri bertarikh 18 Jun 2014;
a) Kes Bunuh = 10 Kes Seminggu
b) Kes Rogol = 45 Kes Seminggu
c) Samun Berkumpulan Dengan Senjata = 2 Kes Seminggu
d) Samun Berkumpulan Tanpa Senjata = 300 Kes Seminggu
e) Samun Menggunakan Senjata Api = 1 Kes Seminggu
f) Samun Tanpa Senjata Api = 68 Kes Seminggu
g) Mencederakan Orang = 110 Kes Seminggu
h) Mencuri = 409 Kes Seminggu
i) Aktiviti Mencuri Kereta = 257 Kes Seminggu
j) Aktiviti Mencuri Motorsikal = 858 Kes Seminggu
k) Aktiviti Mencuri Van/ Lori/ Kenderaan Berat = 76 Kes Seminggu
l) Aktiviti Ragut = 57 Kes Seminggu
m) Kes Pecah Rumah = 405 Kes Seminggu
2. Ini bermakna setiap sejam kita merekodkan 15 kejadian jenayah. Setiap hari kita merekodkan 368 kejadian jenayah. Setiap seminggu kita merekodkan 2594 kejadian jenayah. Setiap bulan kita merekodkan sebanyak 11,023 kejadian jenayah.
3. Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak 2000 hingga 2008 sebanyak 257,411 Sijil Kelahiran didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa. Bagaimana pula dengan 2014?
4. Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Ibrahim dilaporkan berkata, seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang 2009. Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Bagaimana pula dengan 2014?
5. Indeks jenayah dan keruntuhan moral ini pasti akan terus meningkat dengan tekanan ekonomi dan bebanan hidup yg berpunca daripada bajet yg terus menekan rakyat.
6. Saya yakin bahawa pendekatan yg sedia ada gagal untuk menyelesaikan masalah sosial yg sangat kompleks. Pendekatan agama boleh untuk menyelesaikan kerana setiap perubahan dari dalaman sesesorang. Islam komited dengan perkara ini.
7. Islam adalah agama yang menyuruh kepada perkara baik dan mencegah kemungkaran dalam semua aspek. Inilah Islam. Islam bukanlah membiarkan kebaikan itu beroperasi tanpa sokongan dan menggalakkan kemungkaran berleluasa.
8. Saya juga berpandangan bahawa semua agama yang terdapat di Malaysia, khususnya komponen Pakatan Rakyat sendiri dibina untuk kita bersama sama menolak serta menghapuskan isu jenayah dan gejala keruntuhan moral.
9. Saya yakin, bahawa semua agama yang ada di Malaysia ini bersepakat bahawa gejala keruntuhan moral dan jenayah perlu ditolak. Saya yakin, tiada agama yang mengajak kepada pembunuhan, rogol, dadah dan sebagainya.
10. Prinsip pegangan (akidah) pegangan setiap agama jelas berbeza. Saya sebagai seorang Islam berpegang dengan Tuhan yang satu iaitu Allah. Namun di dalam perkara yang merosakkan masyarakat dan generasi, saya yakin kita boleh bersepakat untuk menyelamatkan anak anak remaja kita.
Terus beristiqamah,
0 comments: