“Saya ambil pendekatan ini untuk merasakan lebih dekat lagi dengan rakyat. Saya tidak mahu berceramah semata-mata, tetapi turun padang lihat keperluan rakyat dan mendengar masalah mereka.

"Mungkin jika diberikan mandat, kita boleh membantu mereka nanti, insya-ALLAH," katanya selepas selesai mesyuarat bersama jentera terlibat.
Ahmad Fathan berkata, walaupun ramai mengenali keperibadiannya menerusi beberapa jawatan disandang sebelum ini, namun itu bukan tiket mudah untuk melupakan hasrat bertemu dengan penyokong.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) melalui Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK Dun Chempaka kali ini menurun berikutan parti besar tidak bertanding.
Mengulas isu tersebut, Ketua Urusan Ulama Pas Dun Chempaka itu juga memberitahu, dia bersedia menggunakan sebaik mungkin tempoh berkempen untuk mengajak seluruh masyarakat keluar mengundi, walaupun ada antara mereka penyokong BN.
“Kita tidak kisah pengundi mana sekalipun, mahupun BN, yang penting fokus saya ialah mereka keluar mengundi, jalankan tanggungjawab.
"Insya-ALLAH, kalau ada rezeki saya, mereka akan undi saya, yang penting kesedaran untuk mengundi itu ada.
“Walaupun BN tidak bertanding, namun saingan besar kita ialah daripada calon Bebas yang bertanding, mungkin masyarakat kebanyakannya tidak akan ambil kisah dengan sentimen Bebas ini, namun kita perlu ambil perhatian, tidak boleh leka,” katanya.
0 comments: