Catatan Tadabbur Qur'ani Juz 17



(لِيَجْعَلَ مَا يُلْقِي الشَّيْطَانُ فِتْنَةً لِلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ وَالْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ ۗ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَفِي شِقَاقٍ بَعِيدٍ)


(Yang demikian itu diutuskan Rasul beserta al-Qur'an) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan yang hatinya keras membatu; dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran.


(وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَيُؤْمِنُوا بِهِ فَتُخْبِتَ لَهُ قُلُوبُهُمْ ۗ وَإِنَّ اللَّهَ لَهَادِ الَّذِينَ آمَنُوا إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ)


[Surat Al-Hajj 53-54]

Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.


Tujuan Kerasulan Dan Penurunan Al-Qur'an : 


1. Agar orang beriman kembali kepada pertunjuk wahyu 

2. Agar golongan yang memiliki hati yang ingkar dan keras itu menyedari bahawa mereka diuji dengan fitnah hasutan syaitan yang sentiasa menghasut mereka daripada mengambil pengajaran.

3. Agar orang yang mempunyai ilmu itu beriman serta tunduk dan patuh merendah diri kepada kebenaran daripada Allah yang mereka temui dengan ilmu yang dimiliki itu.

4. Agar orang yang beriman meyakini itulah kebenaran di atas jalan yang lurus ini (Siratal Mustaqim).


Dr UsWah

0 comments: