Dr Dzulkefly Ditumbuk Selepas Balik Dari Solat Subuh


Diterbitkan: 05 Mac 2015
Ditulis oleh Super User.

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ditumbuk, dipukul muka dan dahinya oleh orang yang tidak dikenali selepas balik daripada solat Subuh pagi ini.
Menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, selepas menumbuk, penjenayah itu berkata 'kenapa kurang ajar sangat'.
Justeru, ujarnya Pemuda PAS Malaysia sangat dukacita dengan kejadian itu.
"Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan membuat provokasi terhadap pimpinan PAS.
"Matlamat jahat mereka adalah memecahbelahkan PAS. Moga Allah membalas kejahatan mereka," ujarnya yang menghubungi Dr Dzulkefly pagi ini.
Katanya, Dr Dzulkefly turut memaklumkan akan membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.
Sementara itu, Dr Dzulkefly tidak menjawab panggilan telefon ketika dihubungi sebentar tadi. - HARAKAHDAILY 5/3/2015

0 comments: