Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LA PPM) mengutuk pengumuman Mahkamah kerajaan rejim Mesir yang mengisytiharkan Kumpulan Jihad di Palestin, HAMAS sebagai organisasi pengganas. LA PPM menganggap pengumuman mahkamah Mesir sebagai tidak masuk akal dan lebih mirip kepada pembalasan dendam kesumat yang tidak berkesudahan terhadap organisasi jihad itu.
Mesir tidak sepatutnya menjadikan HAMAS sebagai sasarannya kerana HAMAS milik Gaza dan Palestin dan rakyat Palestin yang patut membicarakan pertubuhan di negara mereka. Sepatutnya Mesir tumpukan kepada negaranya sendiri dengan membicarakan pegawai-pegawai tinggi Tentera yang bertanggungjawab membunuh rakyat Mesir dalam peristiwa tahun 2012.
Apa yang dikesalkan adalah Mesir sanggup menutup mata melihat kekejaman Israel sebailknya menghukum keras pejuang Islam yang mahu membebaskan tanah air dan umat Islam dari mangsa pembunuhan Israel. Sampai bila Mesir sanggup menjadi boneka dan kuda tunggangan rejim laknat Israel? LA PPM melihat pengisytiharan HAMAS sebagai pertubuhan pengganas tidak melemahkan HAMAS, sebaliknya , HAMAS akan terus dijulang sebagai pembela umat Islam di Palestin di mata masyarakat dunia. Malah, pemimpin Mesir di bawah kepimpinan Abdul Fattah As Sisi pula akan dituding sebagai boneka Israel dan Amerika Syarikat, pengecut dan pengkhianat.
LA PPM juga mengutuk pengumuman Mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Syeikh Dr Mohamed Badie, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin manakala ahli-ahli Ikhwan Muslimin dijatuhkan hukuman mati. Dalam hal ini, LA PPM menyeru Pertubuhan Pertubuhan Islam (OIC) campurtangan dengan menyatakan bantahan terhadap keputusan yang tidak adil ini. Mesir sudah menjadi negara diktator yang mengetepikan nilai keadilan serta kemanusiaan, dan pemimpinnya bertindak kerana dendam dan perasaan benci semata-mata. Pemimpin Mesir juga bertindak mengikut arahan AS dan Israel sehingga sanggup melakukan apa sahaja terhadap penentang mereka yang tidak bersenjata.
DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL HISS
Pengerusi Lajnah Antarabangsa
Pemuda PAS Malaysia
Pengerusi Lajnah Antarabangsa
Pemuda PAS Malaysia
0 comments: