1. Pada hari ini ibu Sirul, adiknya, dan saya bersama ahli misi
sekali melawat Sirul di Pusat Tahanan Imigresen Villawood, Sydney. Pertemuan
bermula pada jam 5 itu berlangsung hampir 2 jam. Kami dapat makan bersama nasi
dan rendang daging yang dimasak oleh ibu Sirul di tempat penginapan kami.
Kelihatan begitu berselera Sirul makan menikmati juadah air tangan ibu yang
melahirkannya itu.
2. Saya berkesempatan untuk berbual panjang dengan Sirul.
Semenjak kecil dia diasuh dengan didikan agar menjadi seorang yang berani dan
tidak takut melainkan Allah. Atas sifat keberanian ini jugalah yang
melayakkannya menyertai pasukkan elit polis yang memerlukan mereka yang berhati
kering untuk mengambil serta menjalankan arahan tanpa soalan. Sirul rupanya
pernah dianugerahkan khidmat cemerlang dalam perkhidmatan antara tahun 2000
atau 2001.
3. Kami meninggalkannya pada jam 7 petang lalu terus Darlington
Harbour untuk membawa ibunya menenangkan hati yang masih dalam kesedihan.
InsyaAllah, esok kami akan melawat semula Sirul dalam kesempatan tempoh misi
yang kian ke penghujungnya.
Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
0 comments: