Kerajaan Terus Berahsia Berkenaan Kes Pembunuhan Altantuya


Diterbitkan: 26 Mac 2015 Ditulis oleh Mohd Shahir
1.     Semasa sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, saya ada membangkitkan isu  siasatan semula kes pembunuhan Altantuya. Saya bangun semula memperingatkan semula Menteri ketika sesi penggulungan Kementerian Dalam Negeri, namun, YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pun memberi respon balas terhadap persoalan tersebut. Hal ini akan membuatkan, kes pembunuhan Altantuya itu akan terus menjadi misteri.

2.     Dakwaan pihak tertuduh, Sirul Azhar bahawa dia hanya melaksanakan arahan pihak tertentu terus diketepikan dan dipandang sepi. Adakah ini bermakna kerajaan ingin melindungi rahsia tersebut daripada terbongkar. Siasatan semula terhadap kes ini amat penting agar motif pembunuhan itu dapat dikenalpasti. Apatah lagi, gesaan yang sama turut disuarakan oleh Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa suspek utama kes ini sudah dibebaskan oleh Mahkamah.


3.     Justeru, saya mendesak kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia agar dengan berani dan telus untuk bertindak menyiasat semula kes ini agar pihak yang mempunyai motif sebenar yang melakukan perbuatan kejam lagi zalim ini mendapat balasan yang setimpal sekaligus menegakkan keadilan bagi keluarga mangsa.


YB Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

26 MAC 2015

0 comments: