KENYATAAN MEDIA
Pemuda PAS Mengalu-alukan Pelantikan Dato' Dr Haron Din Sebagai Al-Mursyidul Am PAS
12 hb Mac 2015
Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan pelantikan Dato' Dr Haron Din sebagai Al-Mursyidul Am PAS yang baru. Pelantikan ini pada hakikatnya selaras dengan kehendak Fasal 8 (6) Perlembagaan PAS.
Sebagai seorang tokoh ilmuan yang dihormati kawan dan lawan, pelantikan beliau dilihat sebagai satu inisiatif untuk menyatukan saf anggota dan pimpinan PAS. Selain itu, beliau juga dilihat mampu untuk memandu PAS dalam meneruskan agenda tarbiyah, dakwah dan siyasah (politik) di peringkat nasional dan antarabangsa.
Mudah-mudahan dengan pelantikan ini juga PAS akan terus kukuh dan bersatu-padu dalam memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang mahu melihat PAS menjadi parti masa depan yang mampu merubah Malaysia ke arah tatakelola yang lebih baik.
SUHAIZAN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA
0 comments: