31. Petanda Empat : Tidak bermain alasan untuk mengelak diri dari aktiviti jamaah. Sebaliknya gigih berikhtiar untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah dalam apa jua keadaan sekalipun.
لَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَن يُجَاهِدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ
Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.
Surah at Taubah : 44 - 45
32. Petanda Lima : Bersedia menerima arahan dalam apa jua keadaan sungguhpun arahan itu tidak bersesuaian dengan keinginan diri. Sanggup mengenepikan kepentingan peribadi demi bukti sebuah keikhlasan.
33. Petanda Enam : Prihatin terhadap keperluan jamaah. Memberi tumpuan penuh dan serius terhadap jadual aktiviti dan keperluan semasa dengan rasa tanggungjawab, tidak hanya menanti surat jemputan atau arahan. Rasa terpanggil untuk menunaikan keperluan jamaah adalah sikap yang mempamerkan keikhlasan seorang pejuang.
Nasrudin bin Hassan
Pengarah Jabatan Pilihanraya
Dewan Ulamak PAS Pusat
0 comments: