KOTA BHARU: Selepas pusat penamaan calon bagi Pilhan raya Keil (PRK) Dun Chempaka dibuka pada jam 9.00 pagi ini, lima borang diserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Calon PAS, Ustaz Fathan Mamood menyerah borang paling awal diikuti empat lagi calon Bebas.
Calon Bebas yang menyerahkan borang ialah Sharif Mahmood yang difahamkan mewakili Perkasa, Fadzillah Husin (NGO Kelab Bumi Rahmat Kelantan), Aslah Mamat (peniaga) dan Izzat Bukhari.
Izzat sebelum ini pernah menyertai PRK Dun Pengkalan Kubor akhir tahun lepas juga sebagai calon Bebas.
Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin bertindak sebagai pencadang kepada calon PAS, manakala peguam Nik Baharom Nik Abdullah bertindak sebagai penyokong.
Pegawai Pengurus Pilihan raya Dun Chempaka, Ibrahim Bakri Mat Deris mengumumkan pusat penamaan calon dibuka pada jam 9.00 pagi tadi.
Perarakan calon PAS diiringi kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat bermula di Putik sehingga ke MRSM Pengkalan Chepa. -HARAKAHDAILY 10/3/2015
0 comments: