Putus Hubungan Dengan Presiden Umpama Putus Hubungan Dengan PAS


Diterbitkan: 25 Mac 2015

Ditulis oleh Suhaizan Kaiat

Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang adalah Presiden kepada semua ahli PAS. Pemuda PAS adalah sayap utama menjaga kepentingan pemimpin dan ahli PAS.
Saya sebagai Ketua Pemuda PAS sangat kecewa dengan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS.
Kami Pemuda PAS mahu PAS kuat bersama PR. Bagaimana PAS boleh kuat bersama PR tanpa Presiden kami?
Memutuskan hubungan dengan Presiden PAS adalah umpama memutuskan hubungan dengan PAS. Sebesar mana pun masalah pasti ada penyelesainnya.
Mari kita berjiwa besar melihat masa depan Pakatan Rakyat yang cerah. Mari kita mencari titik temu bagi menyelesaikan masalah ini.
Pemuda PAS sangat optimis bahawa adanya jalan penyelesaian terhadap masalah ini. Berdamailah. Kerana rakyat Malaysia mahu kita semua berdamai.
Suhaizan Kaiat
Ketua Pemuda PAS Malaysia

0 comments: