KENYATAAN MEDIA DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA
Tahniah, Ustaz Fathan Penerus Legasi Almarhum Tok Guru
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan syukur dan tahniah diatas kemenangan calon PAS, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood dalam pilihanraya kecil Dun Chempaka.
Kami mendoakan beliau mampu menggalas amanah di Dun Chempaka berdasarkan beliau sebagai anak tempatan, mempunyai perwatakan dan peribadi yang disenangi serta mempunyai latar belakang dan pendidikan agama yang baik. Bekas Timbalan Pengetua Institut Dakwah Islamiah Perkim dan bekas imam Masjid Kampung Baung ini juga dikenali rakyat tempatan kerana mudah bergaul dengan semua lapisan masyarakat.
Sifat adil dan prihatin daripada seorang pemimpin sememangnya diperlukan oleh masyarakat setempat.
Jutaan terima kasih kepada semua jentera yg bertugas dan kepada jentera muslimat khususnya di setiap peringkat atas segala pengorbanan, komitmen dan kesabaran yg sangat luarbiasa dalam menjalankan amanah bekerja untuk kemenangan Islam di PRK N.06. Jazaakumullahu khairal jazaa'. Hanya Allah dapat membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran di dunia dan di akhirat.
Selamat meneruskan legasi almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Siiru ’ala barakatillah Ustaz Ahmad Fathan.
Siti Zailah Mohd Yusuff
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
23 Mac 2015
0 comments: