Catatan Dhuha 18 April 2015 Dan 20 April 2015



Kita bukan boleh halang orang hendak tulis mengenai diri kita di dalam media sosial. Kerana merekalah wartawan, editorial, jurugambar, pencetak, pengedar, KDN dan Menteri Dalam Negeri. Jika tulisan itu merupakan fitnah, kita boleh pahala. Biar Allah membalas kerja jahat mereka. Jika tulisan itu betul, kita perbetulkan diri kita yang ditegur. 

Ustaz Idris Hj Ahmad 
29 Jamadil Akhir 1436/ 
18 April 2015 Sabtu




Jom kita ubah diri kita dahulu sebelum kita ubah orang lain. Kalau kita mampu ubah diri kita, InsyaAllah agak mudah untuk mengubah diri orang lain. Jika diri kita pun sukar hendak berubah, macam mana kita hendak mengharapkan orang lain berubah.

Ustaz Idris Hj Ahmad 
1 Rajab 1436/ 
20 April 2015 Isnin.





0 comments: