Jangan Percaya Berita Kerajaan Baru Di Selangor

Orang ramai digesa agar tidak mempercayai berita bahawa PAS dan UMNO akan bergabung untuk membentuk kerajaan di Selangor. Menurut berita itu, 5 ADUN PKR akan melompat untuk memastikan pakatan tersebut memiliki majoriti di dalam Dewan.

Walau bagainanapun, PAS Selangor dapat bekerjasama dengan YAB Mohd Azmin Ali maka tidak ada sebab untuk menukar Menteri Besar. Tambahan pula, PAS Selangor tidak akan sama sekali bekerjasama dengan UMNO.

Kemungkinan besar berita tersebut adalah bertujuan untuk menjatuhkan imej Presiden PAS menjelang Muktamar PAS bulan Jun ini. Walau bagaimanapun saya percaya ahli-ahli dapat membezakan berita palsu dari berita yang tulin.

Iskandar A Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
18 April 2015

0 comments: