JELASKAN PROSEDUR DAN PROSES PENDAKWAAN


JELASKAN PROSEDUR DAN PROSES PENDAKWAAN
Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia



13 Mac 2015 | 22 Jamadil Awwal 1436

1. Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA 2015) baru sahaja diluluskan dengan penuh kontroversi kelmarin. Perbahasan lebih 12 jam tersebut masih lagi mempunyai beberapa ruang kelemahan meskipun daripada segi prinsip, Islam tidak mengharuskan keganasan dan bersikap melampaui batas.


2. POTA 2015 boleh terdedah kepada kezaliman kepada pihak tertuduh sekiranya proses proses pendakwaan, pembuktian dan pembicaraan tidak dilakukan dengan adil. Suspek boleh ditahan terlalu lama, tiada ruang pembelaan, dan penghakiman yang dilakukan oleh Lembaga Pencegahan Keganasan tidak boleh disemak di mana-mana bahagian mahkamah.


3. Sebelum POTA 2015 diwartakan, pihak PDRM telah merekodkan jumlah tangkapan rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dengan gerakan Islamic State meningkat kepada 93 orang sejak Jun tahun lalu. Terbaru, 17 orang ditangkap di Kuala Lumpur dan Kedah kerana didakwa merancang plot keganasan dan mencuri senjata api milik pasukan keselamatan.


4. Persoalannya, bagaimana proses pendakwaan dan prosedur perbicaraan yang dilakukan oleh pihak polis serta pihak mahkamah terhadap mereka yang telah ditangkap selama ini? Adakah mereka yang telah ditangkap telah dibicarakan? Adakah semua yang ditangkap telah didapati bersalah dan ditahan di mana-mana penjara?


5. Pihak polis mesti menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham dikalangan rakyat. Ini juga menjawab kemungkinan akta sedia ada boleh mengawal atau mencegah kes keganasan yang ditimbulkan akhir-akhir ini.

Sekian, terima kasih.

0 comments: