Kenyataa Media: Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015 (POTA)



1. Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015 atau Prevention of Terorrism Act 2015 (POTA) telahpun di luluskan oleh Parlimen Malaysia 7hb April 2015. Perbahasan selama lebih 12 jam telah berlaku sebelum pengundian secara undi belah-bahagi dijalankan.


2. Rakyat dan pendokong keadilan melihat perkembangan ini dengan penuh curiga dan melihat undang-undang baru yg di luluskan ini adalah jelmaan semula ISA.


3. Masyarakat Sivil dan pendokong keadilan menunjukkan rasa amarah mereka kepada wakil rakyat yang di pilih, tidak terkecuali ahli-ahli parlimen PAS dan Pakatan Rakyat yang gagal hadir ke Parlimen pada ketika undian belah bahagi di jalankan. ‎


4. Namun, dalam keadaan amarah dan kebimbangan yang tinggi terhadap POTA, kami merayu agar pendokong Pakatan Rakyat dapat berlaku adil kepada Ahli Parlimen ini. Wajar sekali dilihat, siapa yang sebenarnya rajin ke Dewan Parlimen dan berperanan aktif membahaskan isu-isu rakyat di parlimen berbanding dengan mereka yg bernasib baik hadir pada hari pengundian belah-bahagi POTA ini dijalankan.


5. Rekod kehadiran Parlimen dan Hansard Parlimen menunjukkan Ahli-ahli parlimen seperti Pokok Sena, Tumpat dan Kota Raja, amat baik dan seringkali berperanan aktif didewan. Maka, adalah terlebih baik dan adil dibuat kajiselidik terhadap kedatangan dan peranan ahli-ahli parlimen ini dahulu sebelum penghukuman dijatuhkan.


6. Justeru itu, kami merayu berlaku adil lah. Sesungguhnya berlaku adil itu sangat dekat dengan taqwa.


8. Firman Allah dalam Surah al-Maidah: 8:(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam.



Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO. 
PAS

0 comments: