
KENYATAAN MEDIA
KONGRES PROFESIONAL MUSLIM SEMALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa Gabungan NGO Profesional Muslim akan mengadakan Kongres Profesional Muslim Semalaysia.
Objektif Kongres adalah seperti berikut :
1. Menzahirkan keyakinan golongan profesional bahawa Islam adalah jalan penyelesaian kepada permasalahan negara dan dunia hari ini.
2. Menjelaskan komitmen golongan professional kepada PAS sebagai peneraju perjuangan menegakkan sistem hidup Islam secara holistik di Malaysia.
3. Menegaskan dokongan golongan professional terhadap kepimpinan Ulama’ dalam membawa negara menuju sebuah cara hidup Islam yang adil, makmur dan progresif.
4. Menyeru golongan profesional bergandingan dengan Ulama’ agar bertindak secara kritis di atas asas ilmu dan profesionalisma dalam mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian masyarakat seterusnya memberi input secara efektif dan bertanggungjawab.
Jemputan panelis Kongres tersebut adalah YM Raja Dato’ Idris Raja Kamarudin, Encik Mohd Fadhli Ghani, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Dr. Wan Nik an Yusof, Prof. Dr. Mohamad Khazani Abdullah dan Prof Dr. Badlihisham bin Mohd Nasir.
Selain itu, beberapa tokoh profesional turut dijemput menjadi pengulas. Antaranya, YB Dato' Iskandar Abdul Samad, YB Dr Halimah Ali, Dr Suhaini Kadiman, Dr Anuar Ahmad, Hj Azlan Alifiah dan lain-lain.
Sebagai acara kemuncak kongres ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) akan menyempurnakan perasmian penutup.
Justeru itu, para wartawan dan semua rakan media adalah dijemput hadir membuat liputan untuk kongres di atas seperti butiran berikut:
Tarikh : 18 April 2015 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Auditorium MPAJ,
Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi En Mohd Jarpani 019-3707310 dan Cik Nurul Asmak
019-3645599 atau layari www.facebook.com/ProfesionalMuslim.
Sekian, terima kasih.
0 comments: