Pejabat Presiden PAS ingin menyatakan bahawa berita yang
disebarkan oleh Portal MalaysiaKini adalah TIDAK BENAR DAN BERCANGGAH dengan kenyataan sebenar TUAN Guru
Presiden PAS. Tajuk berita MalaysiaKini “ PAS Sokong Usaha Kerajaan Cegah
Keganasan Melalui POTA” adalah jauh sekali daripada intipati ucapan sebenar
Tuan Guru Presiden PAS.
Dalam sidang media yang
menjadi sumber berita tersebut, Presiden PAS menyatakan bersetuju menentang
keganasan kerana pada dasarnya itulah yang disebut dalam Islam. Manakala
membawa masuk keganasan ke dalam negara adalah dilarang oleh ISLAM. Dasar untuk
menghalang keganasan adalah bertujuan untuk mengelakkan fenomena islamfobia
terus dijaja dalam dunia ISLAM. Walaupun begitu, PAS tidak bersetuju dengan
Kerajaan dalam sudut teknikal undang undang yang telah dibahaskan panjang lebar
sebelum ini.
Dengan penjelasan ini,
Pejabat Presiden PAS berharap, berita palsu dan salah laporan ini tidak lagi
mengelirukan penyokong dan pendokong PAS seluruh Negara. Rakaman sebenar sidang
media Presiden PAS boleh dilihat dan telah disebarkan ke dalam media maya untuk
pengesahan sendiri yang lebih lanjut.
Setiausaha Politik Presiden
PAS,
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
0 comments: