1. Saya merujuk kepada ucapan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 sebentar tadi. Dalam ucapannya, beliau langsung tidak menyentuh mengenai nasib dan harapan kesatuan umat Islam di ASEAN.
2. Malah, ucapan beliau hanya berlegar sekitar ancaman terorisme dan propaganda atas nama ‘Islamic State’ sahaja. Saya akui perkara itu benar, namun itu sebenarnya menjadi pentas terbaik untuk melahirkan empati terhadap nasib umat Islam seperti di Rakhine, Pattani dan Indonesia.
3. ASEAN adalah komuniti politik dan ekonomi. Malaysia selaku Pengerusi ASEAN wajar menampilkan sekurang-kurangnya draf solusi konkrit berhubung kekuatan dan masa depan umat Islam di rantau ini. Malaysia tidak boleh apologetik untuk menyuarakan hal tersebut.
Contohnya, isu status kewarganegaraan etinik minoriti Muslim Rohingya di Myanmar. Perkara ini telah dibangkitkan dalam Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu hujung tahun lalu.
4. Malah, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon pada hari Jumaat yang lalu sekali lagi menggesa Kerajaan Myanmar untuk menyelesaikan segera konflik tersebut yang dianggap sebagai “seriously destabilizing”. Ratusan telah terbunuh dan lebih seratus ribu kehilangan tempat tinggal sejak Jun 2012.
5. Saya berharap isu-isu seumpama ini tidak disisihkan dalam Kemuncak ASEAN - A People Centred ASEAN - pada kali ini. Isu ini boleh dibincangkan menerusi dokumen Langkawi Declaration on the Global Movement of Moderates atau forum-forum khas yang lain sepanjang persidangan ini.
6. Malah, saya turut mencadangkan agar Perdana Menteri menghimpunkan gerakan-gerakan sivil, ahli-ahli Parlimen Islam, kumpulan anak muda dan pakar akademik di rantau ASEAN bagi membincangkan secara serius perkara ini.
Sekian
0 comments: