Muslimat Wilayah Sumbang RM40000 untuk Bantuan Pasca Banjir Kelantan

 
Diterbitkan: 12 April 2015
Ditulis oleh yusuf assiddiq


.


11 April 2015 Kuala Lumpur-  Muslimat Wilayah Persekutuan dibawah kepimpinan Ustazah Nuridah Mohd Salleh terus menunjukkan tanda keprihatinan yang sangat tinggi pada mangsa banjir Kelantan apabila telah menyerahkan duit sumbangan sebanyak RM40,000 kepada YAB Menteri Besar, Dato' Ahmad Yaakob sempena program Hi Tea Bantuan Pasca Banjir Kelantan petang tadi.
Sumbangan ini berjaya dikutip dalam tempoh tidak sampai 2 minggu, hasil sumbangan orang ramai yang bersimpati terhadap nasib rakyat Kelantan yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir baru-baru ini. Menurut Ustazah Nuridah yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat,muslimat Wilayah Persekutuan sangat bersimpati dan berasa sangat bertanggungjawab untuk membantu mangsa banjir di Kelantan yang telah kehilangan tempat tinggal.

Ustazah berharap dengan bantuan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan tanggungan kerajaan Kelantan dalam usaha membina rumah untuk mangsa banjir. Menurut Ustazah Nuridah lagi,muslimat Wilayah Persekutuan juga dengan kerjasama Muslim Care kini giat mengumpulkan lagi sumbangan untuk membina sendiri sebuah rumah untuk mangsa banjir di Kelantan.

Jika ada sesiapa yang ingin turut menyumbang bolehlah salurkan ke Khadimah Care, BIMB 12225010012002 atau hubungi PnSyarifah ditalian 0192114764. Ustazah menyeru agar semua rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat prihatin terus mengambil cakna mengenai urusan kebajikan mangsa banjir di Kelantan. Ustazah Nuridah berharap agar mangsa banjir di Kelantan terus bersabar dengan ujian yang diberikan oleh Allah ini dan diberi sebaik-baik ganjaran diakhirat nanti.

0 comments: