
PERKONGSIAN PENGALAMAN OLEH DR GAMAL BERKAITAN FIQH IKHTILAF
DAN IKHWAN DI MESIR
11 April 2015 | Nadwah Fiqh Ikhtilaf
(DR GAMAL ABDUL SATTAR. Ahli Ikhwan. Bekas Timb Menteri Auqaf di zaman Dr Morsi.
Menetap di Turkey sebagai perlarian sekarang ini. Ahli Maktab Irsyad)
1. Kena bezakan antara Ikhtilaf dan Khilaf. Ikhtilaf ialah berbeza tapi tidak bertentangan. Khilaf – Berbeza dan bertentangan.
2. Ikhlitaf adalah satu kepelbagaian
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً ۖ وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ
"Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan." (Hud:118)
3. Iklhtilaf saling lengkap melengkapi satu sama lain. Allah sebut berkenaan tumbuhan yang pelbagai warna. Iklhtilaf tidak bermaksud kita putus silaturrahim. Itu tabiat manusia.
4. Kalau manusia nak gabungkan semua fikiran seluruhnya, Kita perlukan Dr Sakit Jiwa.
5. Kepelbagaian alam, di sudan orangnya hitam, di turkey orang putih, di Pakistan orang besar. Tak boleh orang ini pertikai sifat itu. Kalau ada yang pertikai itu adalah orang gila. Itu ciptaan Allah yang pelbagai. Allah juga cipta pemikiran yang pelbagai. Sebab itu boleh berlaku ikhtilaf.
6. Kaedah – Bila kita hormati orang yang tidak sependapat dengan kita maksudnya kita hormati fitrah yang Allah cipta.
7. Allah hiwar dengan pelbagai makhluk. Hiwar dengan Malaikat. “Ketika mana tuhanmu berkata kepada Malaikat sesungguhnya aku ingin jadikan di atas muka bumi ini Khalifah, Malaikat berkata adakah engkau ingin jadikan di atas muka bumi ini orang yang merosakkannya dan menumpahkan darah?…”.
8. ALLAH juga Hiwar dengan nabi Ibrahim. “Bagaimana engkau boleh hidupkan orang mati? ALLAH bertanya Adakah kamu tidak beriman?...”.
9. Allah Hiwar dengan Ahli Kitab “… Wahai Ahli kitab kenapa kamu membantah dengan Nabi Ibrahim..”
10. Allah Hiwar dengan Iblis. Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
11. Persoalannya kenapa kita tidak boleh berdialog dengan orang yang berbeza pandangan dengan kita dengan cara baik?
12. Kebenaran yang paling mutlak ialah pada Al-Quran, Hadith, pada manusia yang maksum. Kejahatan paling mutlak adalah pada syaitan. Manusia duduk di antara kedua-duanya. Boleh jadi salah, boleh jadi betul. Boleh dekat dengan kebenaran mutlak atau dekat dengan kejahatan yang mutlak. Sebab itu tidak boleh dakwa kitalah paling betul.
13. Kalau Allah izinkan berikhtilaf dikalangan hambanya, kenapa perlu kita halang?
14. Antara Nabi pun ada perbezaan pandangan. Dalam satu kes, Nabi Daud putuskan Kambing diserahkan kepada tuan punya ladang sebab rosakkan tanaman di ladangnya. Nabi Sulaiman pula putuskan kambing diserahkan kepada tuan ladang dan tuan ladang boleh ambil manfaat sementara dari kambing itu. Ladang diserahkan kepada tuan punya kambing dan kerosakan dibaiki.
15. Ada perbezaan pandangan antara dua nabi ini. Nabi Daud keras. Nabi Sulaiman sebaliknya. Allah sebut “Kedua-duanya diberi hikmah dan ilmu”. Allah tak salahkan dua nabi itu sebab beza pandangan.
16. Kepelbagaian yang terdapat dikalangan Sahabat. Ada yang kaya, ada yang ulama, ada yang mujahidin. Muaz Jabal sangat terkenal dr sudut Ilmu. Khalid pula terkenal dalam ilmu peperangan. Abu Zar tiada harta. Abdulrahman sangat kaya.
17. Contoh Ikhtilaf dikalangan sahabat. Dalam Perang Bani Quraizah, Nabi sebut jangan solat asar kecuali dekat bani quraizah. Nas ini difahami dengan pelbagai oleh Para sahabat. Ada yang faham Nabi mahukan mereka bersegara tapi boleh solat Asar. Ada pula sahabat faham dengan cara literal. Jangan solat asar langsung hingga sampai di tempat bani quraizah. Mereka tidak kafirkan sesama mereka dan menunggu. Nabi hanya senyap bila dapat laporan dan membenarkan perkara tersebut.
18. Kisah Albanna – Orang ramai berbeza pandangan samada solat tarawih 20 atau 8. Imam Al-Banna bertindak kunci pintu masjid selepas Isyak. Tidak solat tarawih. Bila ditanya beliau katakan jaga kesatuan lebih penting daripada berbalah berkenaan perkara sunat.
19. Ikhtilaf adalah kesilapan bila kafirkan atau munafikkan orang. Ini satu jenayah. Untuk jatuhkan hukuman kafir itu adalah kerja Qadi. Kita pendakwah.
20. Ikhwan – Selepas revolusi, utk pemilihan presiden ada perbezaan pandangan. Adakah kita nak calonkan presiden atau tidak. 52% kata perlu. 42% tak perlu. Walaupun syura, bila majoriti maka pemimpin mesti mengikut keputusan syura.
21. Perlu fahami realiti di Mesir. Keadaan sangat genting. Jika ada sorang dua keluar Ikhwan, kita hormat, mehnah yang berlaku menambah kekuatan kepada ikhwan.
22. Jangan bawa masalah jamaah di Media Sosial, proses baik pulih akan jadi lebih susah. Perbezaan pandangan dalam jamaah mesti diselesaikan dalam jamaah. Jangan dibawa keluar.
23. Beberapa Ikhwan yang keluar. Nilai ikhwan bukan pada individu, tapi pada jamaah, kesatuan itu sendiri, seorang yang gugur akan ada yang mengantikannya.
24. Syura sebagai satu manhaj utk dapatkan kebenaran. Walaupun setengah syura tak buahkan kebaikkan pun. Contoh Dalam perang Uhud, Ada pandangan pertahan di Madinah, ada yang kata keluar di uhud. Nabi dahulukan keputusan majoriti. Keluar ke Uhud. Akhirnya bawa kepada kekalahan kepada umat Islam.
25. "Dan juga orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;" (As-Syura:38). Dalam ayat ini Allah letak kewajipan syura dalam masa sama Allah letak kewajipan solat dan zakat. Tidak ada harga syura jika tidak mulzimah. Tiada Nilai.
26. Al-Banna ada pendapat pemimpin boleh ikut pendirian dia sendiri. Bila struktur ikhwan dah terbentuk, albanna ambil pendirian ikut pendapat mesyuarat. Tak beza pun keputusan peribadi dan syura.
27. Proses Syura bukan mcm pilihanraya. Segala macam orang mengundi. Baik dan jahat. Syura mesti terdiri dari orang2 yang terpilih. Ada syarat2nya. Mesti Ahlinya. Bila dah putuskan dalam syura, tidak halal utk lawan keputusan itu. Itu Munkar.
28. Ikhwan tangani perbezaan dikalangan ahli yang berbeza latarbelakang. Terapkan ukhuwwah. Bukan perkara main2. Kita Nampak ukhuwah itu bila krisis berlaku. Semasa ini terserlah ukhuwah yang sebenar.
29. Bila ukhwuh hilang tidak ada nilai mana2 amalan. Musuh kita ialah orang yang lakukan kezaliman kepada kita dan bukannya orang yang berbeza pandangan dengan kita.
30. Tak pernah berlaku dalam Ikhwan ulama krisis dengan profesuional sbb ukhuwah. Sebab semua bekerja untuk Islam.
31. Syura tidak akan boleh berlaku dalam usul syariat. Perkara Qat'iyyah (putus). Syura hanya dalam perkara ijtihad dalam perkara yang tidak ada nas.
32. Pimpinan boleh ada pandangan peribadi dan ada nilai tersendiri. Contoh dalam perkara harian. Benda yang remeh.
Catatan oleh Mohd Burhanuddin Othman Impak.
Rujuk rakaman untuk kandungan yang lebih tepat.
0 comments: