Presiden PAS Rakam Takziah Keluarga Nahas Helikopter



Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakam ucapan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat dalam nahas helikopter di Semenyih yang turut melibatkan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis Sabtu lalu.

Beliau berharap semua ahli keluarga mangsa bersabar dengan ujian yang didatangkan oleh Allah dan kembali kepada-Nya dengan memohon ampun dan dikurniakan kesabaran.

"Allah mengajarkan kepada kita dengan ungkapan "Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un" Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada-Nya Kita semua kembali".

"Moga Allah juga memberi keampunan kepada kita semua dan mangsa yang terlibat sebagai insan yang beriman dan menyerah diri kepada Allah SWT.," ujarnya menerusi facebook, hari ini.

Allahyarham Jamaludin antara enam yang terkorban dalam nahas helikopter AS365 di Kampung Pening-pening, Sungai Lalang, Semenyih selain Ketua Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias, juruterbang dan pembantunya serta dua penumpang lain.

Kesemua mangsa dalam penerbangan pulang ke ibu negara selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang. - HARAKAHDAILY 6/4/2015

0 comments: